Monday, March 28, 2011

Dilemma

Banyak sawang kat blog aku ni. Lama tak update. Sibuk sedikit. Sudah seminggu tapi masih tiada lagi keserasian dengan mereka. Susah benar! Mana perginya pengalaman selama ini?! Pelik benar aku. Kalau kau ade depan aku mestilah aku gugup. Kosong terus! hmm~


Bila takda kerja GATAL nak kerja. Sekarang, tanggung la kau sendiri. Sabar jela seberapa lama yang mampu tapi aku tak boleh nak sabar dah! Aku bukannya nak TURUT semua kau kata. Aku ada pendirian sendiri.

Budak semua tak paham apa aku cakap. Semua nak cakap mandarin. Taw la tadika cina. Tapi perlu la cakap english dengan bahasa malaysia jugak. Ish ish~!

Sekarang cari la kerja baru sebelum itu kerja jela dulu sampai dapat kerja baru. :)

Friday, March 25, 2011

Layan la ko sorang sorang!


Ntah kenapa la aku ni. Mula dari balik keje tadi sampai sekarang, dengar lagu mendayu camni. Apasal eh?! masalah?! mestilah ade!!

Korang la pun layan la video ni :)

Thursday, March 24, 2011

Apa Agaknya Mereka Nak?!

Haish! kenapa la hari ni. Macam macam tak kena. Nak menyerah kalah tapi tak boleh sebab terlalu awal. Kena cuba untuk bertahan selama yang mungkin dan cuba untuk mengikut langkah demi langkah supaya boleh terus berjuang!


Terus mencari idea baru supaya boleh menambat hati mereka semua. Walaupun mereka berlainan bangsa dan agama tapi tidak menjadi masalah untuk mengajar mereka dan menarik perhatian mereka supaya belajar.

Gunakan pengalaman yang ada untuk mencari idea baru. Buktikan kepada mereka yang aku boleh lakukan tanpa perlu tunjuk ajar. Sabar! sabar! Masa menetukan segalanya.

Cuba fikirkan. Apa mereka nak sebenarnya untuk menambat hati mereka.

p/s- Nak header baru! Haish! takde sape nak buatkan .

Mari mari!

Sibuk betol sejak kerja ni. Langsung takde masa nak update belog ni. Terkena kejutan bangun tidur awal sangat, HAHA! selalu pukul 9 bangun. sekarang, subuh je dah bangun. Takpe! Takpe! Lama lama biasa la kan.


Baru kerja 4 hari dah rasa tekanan dengan supervisor!. Tadika pun ada supervisor ke?! Mestilah ade. BOSS kedua! hee~ Mana mana kerja pun mesti ada tekanan kan. Dah la anak murid aku semua cina., baru 3 tahun maaa.!~ Mana la diorang paham sangat cakap english. seratus peratus diorang cakap mandarin. Susah nak comunicate dengan diorang kalau camtu.huhuhu

Hari ni memang tahan je la sakit hati tu kan. Kau ingat kau supervisor kat tadika tu kau boleh suka hati je! semua teacher kena ikut cakap kau?! Kalau kene ikut cakap kau, baik kau ajar semua budak budak tu! grrrr!~

Ada ke nak tuduh aku tak pandai jaga budak budak?! Buat apa ada experience 9 bulan tu?! tak boleh fikir betol punya orang!. Budak budak biasalah, cakap kat parents lain. kat kita lain. Haish!
Pastu meeting tadi kata suruh tulis surat pulak sebab apa balik aku balik awal kursus aritu. Nak taw nape? BOSAN!!!!!!!!!!!!!!! haaa... semua mandarin mana aku nak paham, macam patung jela.

Semua madarin, senang la ko nak mengata aku kan?! Aku TAK BODOH!! Aku paham sikit sikit mandarin tu.

Tuesday, March 22, 2011

Sudah! Sudah!

Helikopter tarikan semua

Spider-kid ni menjadi tarikan semua photographer

Kawan DIA ( fattah dan boy)

:)

Ehem ehem ;p



Maafla ye. Gambar belon panasnya takde. Penat tunggu dari pagi ke petang. Tak kuar pun belon tu. HAHA. Mungkin da balik baru kuar kot.

Da penat pergi Putrajaya. Kemudian pergi BB pulak. Jalan jalan. Lapar la pulak. Dia tanya
"sayang kita makan makanan arab eh?!" Aku pun kata " tak mahal ke?!" Dia jawab" tak pun." Aku pun " ok". Pergi la makan kat TARBUSH! Mak aihh.. Banyak betol makanan dia. kenyang sampai malam. HAHA! kemudian baru pergi reunion :)

Monday, March 21, 2011

Alamak!

Waa. sawang da belog aku ni. (baru tinggal 1 hari) hehe. Sorry la kalau sesape tunggu sambungan kepada post yang INI. Nak update semalam tapi tak dapat la pulak. Satu hari keluar. :)


Hari ni first day keje sebagai guru tadika kembali. HAHA! Good morning teacher emy! Good morning kids~ Anak didik semua cina. 3 tahun pulak tu. Mandarin yang faham tapi aku cakap english, diorang ikut je. adoi!~ Takpe! Permulaan.

Semalam 20.3.2011. Genap setahun da hubungan aku dengan dia. Satu hari dekat putrajaya, Tengok apa lagi la kan HOT BALLON. nak tengok gambar?! jap jap.. Malam nanti aku letak. ok?! Amacam. hee.

Saturday, March 19, 2011

Teringin..tapi.. Bahaya!..

Ceh! Entry ntah pape ntah! Langsung tak kena dengan apa yang aku nak cerita kan. HAHA!



Teringin nak pergi belon panas kat putrajaya la esok. Tapi tak taw dapat ke tak. Setiap hari sibuk dengan rumah je. Mop..mop..mop.. sapu..sapu..sapu.. terlintas kat fikiran korang semua tak kan kemas umah seharian da berhari-hari.

Bukan apa?! rumah aku sekarang dalam proses pengubahsuaian la. Ada la nak tambah sikit. Bagi nampak luas. Mana tak nya, tahun depan aku bakal dapat abg dan kakak ipar. wehuuuu~! So, prepareration mestilah buat untuk nampak sempurna semua. :)

Aduh! Sakitnya~ Da 2 minggu aku rasa sakit belakang ni. Langsung tak boleh bongkok kan badan ni. Kena sentiasa baring untuk rasa selesa. Bahaya ni.~ Tapi insyallah takde pape, mungkin cuma penat kemas umah je.

Bila EGO dah pergi.

BAHAGIA!

Morning.. Menurut kepada post semalam. Pasal ni ha.. (klik untuk baca) Aku tanya dia "dah baca blog?! ada tadi. aku tanya "baca yang mana?! yang pasal baby tu la. Aku jawab" ow". yang baru punya ada baca?! belum lagi. 5minit kemudian dia kata " da baca da". Aku cakap "betolkan apa yang tulis tu?!" dia jawab "betol la. dua dua ego tinggi." HAHA!

Tengok tak sampai satu hari gaduh dah ok. Haha! Aku yang kena lembutkan hati dia. So, berjaya lembutkan hati dia daripada api baran membara terus hangus aku! sapa nak jawab?!. hehe.

Esok! Tak sabar! Sebab apa?! tunggu jela. jeng..jeng.jeng..

Friday, March 18, 2011

Bila EGO datang.

Urghhhhhh~! Sakit betol hati ni. Kenapa la arini nak cari gaduh. Tak puas lagi ke?! Apa lagi yang nak?! Ungkit hal yang tak suka. Memang la sakit hati kan. hmm~ :|

EGO! itu lah sebenarnya. Dua dua ego tinggi ke langit. Nak tutup silap sendiri sanggup salah kan orang. ish ish ish.. Jahat betol hati ni. Kenapa perlu begini?. Lawan kata antara satu sama lain untuk menang tetapi jatuh juga nanti.

Buanglah jauh jauh EGO tu ye. Tu la penyebab pergaduhan. Dalam perhubungan kena la ada persefahaman. Kalau takde akan timbulnya pergaduhan. Dalam perhububgan juga perlu la tolak ansur antara satu sama lain. Kalau tidak apa yang jadi?! Pergaduhan laaa~!. Suka ke asyik nak gaduh gaduh?! mesti la tak kan. kerana jika tidak bebaik dengan cepat akan menyebabkan putus hubungan. hmm..

Tak suka tak suka tak suka! urghhh~! aku salahkan kau, kau salahkan aku, Bagus sangat la tu kan?! EGO setinggi gunung everest agaknya. Nak baran sesuka hati. Kenapa perlu baran?! " dia salahkan aku" Aku yang buat dia baran. hmm. Takpe.

Memang segalanya salah aku. Tak pernah memahami dia. Dia adalah TERBAIK untuk aku. Dia adalah segalanya bagi aku. Dia adalah suka duka aku. Dia.. Dia.. Aku amat menya
yangi dia tapi dia tetap kata aku tak sayang dia sepenuh hati. hmm. Takpe!

Aku akan tetap berusaha supaya dia percaya yang aku menyayangi dia dan sudah melupakan yang lame tu.! Akan terus berusaha untuk berubah walaupun aku pernah berkata yang aku tak akan berubah. Ego lagi. hmm. :| . Dia kata aku tak memahami dia. Takpe!.

Berusaha untuk berubah demi dia. Gunakan peluang yang dia bagi sebaik-baik mungkin. Boleh ke?! Ntah la. Buntu lagi. Fikiran bercelaru. Ada penyelesaian ke semua ni?! Mesti lah ada.

Tunggu la beberapa hari nanti. Mesti akan kembali seperti biasa sebab rindu menyelubungi. sila muntah!. hee~ macam gambar bawah ni. BAHAGIA! hati sepakat membawa berkat besama. hehe :)

Pesawat angkasa NASA kelilingi Utarid.

WASHINGTON: Untuk pertama kali, Bumi mempunyai "mata di langit" yang mengorbit dan memantau Utarid, planet paling kecil dan luar biasa dalam sistem suria.

Pesawat angkasa NASA yang dikenali sebagai Messenger itu berjaya memasuki orbit khusus selepas perjalanan selama enam setengah tahun dan 4.9 bilion batu dan mengelak tarikan graviti matahari.a adalah planet kelima dalam sistem suria yang diorbit NASA.



Mercury bukan mudah untuk dikunjungi dan ia juga planet paling ekstrem.

Ketika suhu boleh mencapai 425 Celsius di bahagian paling hampir dengan matahari, kawasan bertentangan tersangat gelap dan sejuk dengan suhu sebilangan kawah tidak pernah naik melepasi 184 darjah Celcius di bawah paras beku.

Malah radar menunjukkan kemungkinan terdapat salji di dalam kawah berkenaan, iaitu sesuatu yang akan cuba disahkan Messenger.

Pada 1970-an, NASA menghantar pesawat angkasa Mariner melepasi Utarid tetapi hanya berjaya merakam sebahagian kecil planet kecil itu.

Sumber: Berita harian

Mari Buat Brownie

Haa. pada sesape yang minat kepada coklat mestilah minat kepada brownie jugak. ye kan?! Gambar kat atas ni adalah segala-galanya. Nak resepi?! Sabar sabar. jap lagi aku bagi. :)


Bahan-bahan:
½ cawan marjerin
50 g coklat buku
1½ cawan serbuk biskut manis coklat
1 cawan kelapa kering
½ cawan kacang tanah (dikisar kasar)
½ cawan air
1 camca teh esen vanila
100 g coklat buku (dicairkan)

Cara-cara:

Satukan marjerin dan coklat buku ke dalam satu bekas. Letakkan bekas ini di atas periuk berisi air panas. Kacau sehingga coklat cair. Angkat bekas coklat dari air panas. Masukkan biskut, kelapa, gula, air, dan vanila. Tuangkan adunan ke dalam tin yang telah dialas dan dilenser dengan kertas minyak. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Keluarkan dari peti sejuk, tuangkan coklat cair dan ratakan. Biarkan brownie agak keras sebelum dipotong kepada empat persegi.

Selamat mencuba ;)





Tak suka!

Morning semua. Cuti sekolah semakin hampir ke penghujungnya. Dua hari je lagi. Hohoo. Cam santa claus plak. hehe.


Apabila isnin dah start keje, mula lah kembali tanggungjawab sebagai guru kepada anak murid. Mula lah tekanan dengan perangai anak murid ku semua. Kena la korang kalau nakal-nakal dengan teacher emy ye. HAHA!. tekanan dengan budak-budak lain, walaupun tension tapi kejap je setelah tengok gelagat yang comey diorang tu.

Anak murid ku semuanya kecik-kecik lagi. Baru nak mengenal A B C. Baru nak belajar menulis dengan betol walaupun comot. hee~ Baru nak belajar menyebut dengan betol walaupun pelat.

Selamat kembali ke tadika ye murid-murid. Cuti selama seminggu dah habis. Tunggu bulan 6 pulak. HAHA!.

p/s: berdebar ni nak mengajar balik setelah lama dok umah. :)

Wednesday, March 16, 2011

Starving..Alhamdulillah


Hellowwww! Burp! Burp! Alhamdulillah. Kenyang sudah. hehe. Tak senonoh perempuan sendawa kan?! HAHA. Dinner hari ni makan chicken chop. Delicious yaww!~ Tu gambar atas tu. Terliur je sape-sape yang tengok. Gulppp!~ hoho.


Dua hari lepas aku tetiba rasa nak makan ayam KFC tapi malas nak keluar dan memang tak boleh keluar pun. haha. so, aku geledah la dapur mak aku tu.. Aku pikir punya pikir apa la yang buat ayam tu rangup macam keropok. Hmm.. Last last aku dapat idea. Amek tepung gandum dan telur. Kemudian ayam tu aku buang la lemak lemak yang tak sepatutnya dan aku taburkan garam dan lada hitam. Lepas itu aku goreng la sampai kekuningan. Dah masak ayam tu jadi la macam gambar di atas tu tapi bukan itu ayam yang aku masak. hehe. Aku tak amek gamba pun.

Selepas ini aku akan cuba masakkan yang lain.Teruskan untuk belajar masak! :)

Comel sungguh!

Selamat pagi semuaaa! Susah benar nak celik mata pagi ni. Terlampau lena di ulit mimpi sebab hujan. HAHA!. OK. hari ni nak story mory menarik. Story apa?! Jom baca!

Tembamnya baby aliya ni. hehe. Aliya selamat dilahirkan pada 27.12.2010. Tanniah buat Nurul Nadiah dan suami. Diorang kahwin awal tahun lepas. Baby aliya dah 3 & 4 bulan camtu la skang.


Nurul Nasryn Aliya.

Daddy n mummy aliya

Haa. pasangan yang selamat dapat baby girl. Khairul aizat dan aien. gamabar baby takda lagi. da ade nanti aku letak la. Nur khayra damia selamat dilahirkan semalam 15.3.2011. Tak silap aku la diorang kawin tahun lepas. Haish! baru 22 tahun da jadi daddy n mummy. Tapi tak salah pun kahwin muda. Sangat menggalakan. :) Tanniah buat kawan aku ni.

daddy n mummy khayrah

Comey kan baby tu. Eeman selamat di lahirkan hari ISNIN bersamaan 14.3.2011. Kalau tak silap aku la. hehe. Tanniah buat abg azree n kak anies. kahwin tahun lepas gak rasanya.


eeman.

ni la daddy n mummy eeman.

Tuesday, March 15, 2011

Selamat Hari Jadi

credit to Hani Idzaida.

Morning... Bismillah. Hari ni birthday sepupu yang jauh di mata dekat di hati. hehe. 15.03.1991 tarikh dia di lahirkan. Walaupun aku tiada pengalaman bersama dia ketika kecik-kecik dulu tapi dah besar ni ha terlamapau banyak kenangan. Lahir ke dunia Hani Idzaida nama di beri. Sekarang 15.03.2011. Sudah 20 tahun berlalu. Dia tetap sama seperti dulu. Masa kecik-kecik muka alahai macam anak cina pulak, dah besar pun sama tapi tak nampak sangat. Baru sahaja balik Malaysia tetiba dah kena balik Jakarta hari Ahad. Tak sangka da sampai sebulan rupanya dia cuti. HAHA!. Tak sempat nak spent time tapi takpe bulan depan ada lagi.

Buk eda, Selamat Hari Jadi ye. Have a great day and many happy returns of the day! Baru pulang 2 hari. Udah kangen bangat. :)

Monday, March 14, 2011

Menyakitkan hati!


Entri macam tu mestilah tengah bengangkan. Apa tak nya. Aku tulis status kat FB " Yeah! arini makan KFC buatan sendiri" pastu tetiba je ada mamat ni komen " masak nasi tak pandai ada hati nak buat KFC!." Aku apa la lagi kan. Darah aku pun naik la sampai 100%. Kalau iye pun, jangan la nak main komen je. Kata aku tak pandai masak nasi. Haish! Jangan lahir kat dunia kalau perempuan tak reti masak. Oooppsss! sape makan cili dia yang terasa. :)

(wahai kaum hawa jangan marah ini hanya untuk mamat gila tu)

Bagi aku terpulanglah kepada individu yang reti masak ke tidak. Tetapi kenapa selalu lelaki selalu berkata" muka je cantik, perangai baik tapi tak pandai masak." Memang sepatutnya perempuan ni kena pandai masak. Tetapi selalunya yang tak reti masak apabila dah kahwin automatik la perempuan itu pandai masak kan?! Sape setuju?!
Sebab dah ada tanggungjawab sebagai isteri dan kene patuh kepada suami. Walaupun dah kahwin tapi tak reti masak juga kena la belajar masak. HARUS! sampai bila nak makan kat luar dan sampai bila nak biarkan suami makan air tangan orang lain dan bila pula kita sebagai isteri masak guna air tangan sendiri?! Tak gitu?!

Kadang-kadang lelaki ni akan sayang isterinya walaupun tak pandai masak. Bertuah la dapat suami macam tu. Sesetengah lelaki pula cerewet bebenor la kan. Ade saja tak kena. Dia saja la yang betol. Ego! Hmm.. Jangan la cakap. Memang kuat la sangat. Tak kira apa pun, sebelum suami balik keje kena masak. Kalau tak, kena bebel. Panas telinga nak dengar. Bertuah dapat suami macam tu sebab dia akan sentiasa mengkritik kelemahan kita supaya betul. yeke?! Tetapi tak bertuah dapat lelaki yang kaki pukul.

Chong Wei pertahankan juara.


Perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan All-England di Birmingham, England pagi ini selepas menundukkan pemain China Lin Dan 21-17, 21-17


Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu. Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.

Begitupun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi acara beregu lelaki apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18. Beregu emas menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan.

Lawak bodoh Berita harian masuk CNN.

Haa. Mesti korang nak taw lawak apa kan?! Siapa dah baca tu mesti da taw. Perlu ke kita membuat lawak ketika Jepun mengalami Tsunami. Takda keprihatinan langsung. ish ish.. Klik SINI untuk baca. :)



Dan hari ini Berita Harian mohon maaf atas illustrasi semalam. Bagus, Cepat bertindak sebelum jadi isu hangat. Klin SINI untuk baca.

Saturday, March 12, 2011

Tsunami di Jepun.

Satu gempa bumi kuat pada 8.9 skala richter menggegarkan Jepun dan amaran tsunami setinggi antara 4 – 6 meter dikeluarkan.

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa bumi kuat itu bermagnitud 7.4 skala Richter telah berlaku di berhampiran Perairan Timur Honshu, Jepun pada pukul 2.15 petang.

Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 36.0 Utara longitud 141.2 Timur. 4078 km timur laut Kudat, Sabah.

Sementara itu menurut USGS gempa kuat itu dikesan dengan kekuatan 8.9 pada skala richter.

Laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi dijangka berlaku di pantai-pantai Labuan dan Sabah bermula jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Orang ramai dinasihatkan tidak berada di pantai-pantai berkenaan.


Harap rakyat malaysia di Jepun selamat.

Lebih 300 rumah di bandar Ofunato turut musnah sama sekali.

Ombak besar juga memusnahkan apa saja yang ada di laluannya, termasuk kapal kontena, kenderaan dan ladang.

Kerajaan berkata, gempa yang dapat dirasakan sehingga ke Beijing itu menyebabkan kerosakan besar-besaran.

Di Sendai, imej televisyen menunjukkan ombak berlumpur bergerak ke darat pada kelajuan tinggi dan memusnahkan kawasan kediaman berhampiran Sungai Natori.

Pegawai kerajaan tempatan di Miyagi, Ken Hoshi berkata, dia tidak pernah melihat bencana seburuk itu.

Di Tokyo, sejumlah kecederaan dilaporkan apabila bumbung bangunan dewan runtuh ketika majlis penganugerahan ijazah berlangsung.

Di ibu negara Jepun itu juga, asap dilihat berkepul-kepul di sekurang-kurangnya 10 lokasi ketika penduduknya mengalami gangguan elektrik.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami menyeluruh sehingga ke Amerika Selatan, New Zealand dan Hawaii, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan orang ramai menjauhi pantai.

Pertubuhan Palang Merah pula mengingatkan, tsunami di antara empat dan 10 meter boleh menenggelamkan sebahagian daripada pulau yang ada di laluan ombak itu.

Sementara itu, kerajaan berkata, tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan di loji nuklear di Onagawa walaupun ia terbakar.

Gempa pertama berlaku hanya kurang dari 400 meter ke timur laut Tokyo, diikuti lebih 40 gegaran susulan.

Satu daripadanya sekuat 7.1 magnitud.

Macam mana ni?!

Pagi-pagi datang tadika, katanya ada training untuk cikgu-cikgu tadika la. Aku datang dan aku pelik kenapa semua cina?! aku sorang je melayu?! Lagi pun tu tadika cina. Mestilah ade cikgu cina. HAHA!. Bila masuk je bilik training. Rupa-rupanya tukang training pun cina dan tak reti nak cakap melayu ataupun english. Adoi! Aku pun dengar jela dan buat paham jela kan. HAHA. Kemudian baru la translator tu datang. Baru aku paham. Susah camni. Kena amek kelas bahasa mandarin pulak ni. Kalau nombor 1-10 dalam bahasa cina aku boleh la lagi. Yang lain-lain tu?! tak paham aku. Takpe. Baru permulaan kan. lama-lama aku paham la.

Friday, March 11, 2011

Terbelit lidah nak sebut.


Bill had a billboard.
Bill also had a board bill.
The board bill bored Bill,
So Bill sold his billboard
And paid his board bill.
Then the board bill
No longer bored Bill,
But though he had no board bill,
Neither did he have his billboard!

Pass the big black blank bank book back
If you won't pass the big black blank bank book back.
Then pass the small brown blank bank book back.

If a good cook could cook cuckoos so fine
And a good cook could cook cuckoos all the time,
How many cuckoos could a good cook,
If a good cook could cook cuckoos.

Haa. terbelit belit lidah aku nak sebut. Terlebih makan sambal belacan kot. hahaha.


Thursday, March 10, 2011

Maaf

Kemaafan itu mahu luas,

Ia umpama air hujan yang turun dari langit ke bumi,
Membasahi bumi yang berada dibawahnya.
Ia turun ke bumi dengan membawa dua rahmat.
Satu rahmat kepada yang memberi,
Dan satu rahmat kepada yang menerimanya.
Ia dinobatkan ke hati segala di raja,
Ia salah satu daripada sifat-sifat tuhan,
Dan manusia bertindak seolah olah seperti tuhan,
Apabila kemaafan hadir dalam keadilan.

7 benda ajaib semula jadi.

Gunung Everest

Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di dunia. Gunung ini terletak antara Nepal dan Tibet. Orang pertama yang berjaya menawan puncak gunung ini ialah Edmum Hillary bersama rakannya Tenzing Norgay. Ketinggian gunung ini sentiasa bertambah kerana keadaan ekologikal semasa alam sekarang peningkatan sentimenter setahun.

Grand Canyon

Lembah yang tekenal ini terletak di utara Arizona. Lembah ini begitu berwarna warni dengan juram dan gaung yang curam dan menghasilkan satu pandangan yang indah.

Aurora Borealis ( Cahaya Utara)

Ia merupakan satu fenomena luar biasa. Fenomena ini berlaku biasanya pada malam hari di latitud tinggi di bahagian utara. Fenomena ini berbentuk seperti reben, kitaran yang bersinar atau berbentuk sarang dan satu ketika dahulu pernah menakutkan penduduk setempat.

Air terjun Victoria

Air terjun yang terbesar di dunia dan terletak di antara Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini mempunyai kelebaran 1.6 km dan jatuhan air setinggi 128m (420 kaki). Air terjun ini juga adalah bertingkat dan berbunyi seperti kabus yang dihasilkan ini boleh dilihat 40 km.


The Great Barrier Reef
Merupakan terumbu karang yang terbesar di dunia dan terletak di Laut Mutiara berdekatan dengan Queensland di bahagian utara Australia.

Gunung Berapi Paracutin

Terdapat hanya dua gunung berapi yang baru wujud. Salah satunya ialah Paracutin dan kedua-duanya terbentuk di kawasan yang terkenal dengan gunung berapi. Tiga hari sebelum Paracutin terhasil, 300 gempa bumi telah berlaku.


Pelabuhan Rio De Janerio

Pelabuhan ini dikatakan terletak di kedudukan yang paling cantik sekali. Ia terletak di pelabuhan potongan gunung-gunung kehijauan dan kebiruan Teluk Gaunabara. Pertama kali di temui oleh ahli eksplorasi Portugis!

Wednesday, March 9, 2011

Good Morning Teacher Emy!

dua beradik ni manja bebenor dengan aku.

Permulaan aku bekerja sebagai guru tadika agak menarik. Walaupun tak biasa dan baru pertama kali, budak-budak terus menghampiri aku. erk?! macam ada aura je. HAHAHA. Hari isnin biasa lah kan, ada perhimpunan dan nyanyi macam-macam lagu budak-budak. Pertama kali mendengar. Alalala. Comelnya diorang nyanyi lagi-lagi 3- 4 tahun yang masih pelat bercakap tu. :) Dan pertama kali nya mereka panggil aku Teacher Emy. Sweeeetnya! hee~ Mula-mula agak kaku tapi lama terbiasa la pulak. Hari demi hari. Dah 5 bulan keje sebagai cikgu tadika waktu itu. Aku seronok keje sebagai guru tadika.

Suatu hari budak -budak ni kata aku ni garang dan terus melekat la sampai aku ben
ti. sob.sob... Aku marah je. mula lah. Teacher Emy garang. Kalau aku xde kat tadika semua tanya
"Mana teacher garang tu?" Aku ada semua takut. Haish! budak-budak ni.

seronok diorang ni pergi aquria

Best dapat naik belon panas.


Bila agaknya dapat naik belon panas ni.?! Nak jugak rasa. Ehhh. Kesian tol aku ni tak penah naik belon panas. :| Erk!
Hmm. Bia la. Aku nak merasai macam mana kalau naik belon panas ni?!
Kapal terbang sudah, kereta api sudah, motor, beca, kereta, bot, basikal pun sudah.
Tapi naik belon panas ni macam naik kapal terbang je agaknya. Cuma belon panas dapat udara sebenar. Kapal terbang kita cuma duduk sahaja dan semua lengkap tetapi tak dapat la udara sebenar. betul tak?!

Kalau ada belon panas buatan sendiri memang best. Kalau nak jalan-jalan senang. tak payah guna kereta. Tapi belon panas banyak guna gas? Hmm. Malaysia ni bukan nya angin kuat pun macam negara luar.


Healthy food for your eyes

Nutrition for Your Eyes
We've all heard that carrots play a huge role in overall eye health but what else can you eat to improve the health of your eyes and reduce the risk of disease? To keep your eyes in top shape, follow many of the same guidelines suggested for maintaining a healthy heart like keeping your blood pressure and cholesterol in check, reducing saturated fat from the diet, taking control of your weight, and increasing your antioxidant intake. Start now by eating nutritious and vitamin-rich foods to reduce the risk eye disease, improve sight, and maintain good eye health.







Berries
Among the top sources of antioxidants, berries play an important role in decreasing cancer risks, cardiovascular disease, and Alzheimer's disease. Studies have also found the antioxidants in berries reduce the risk of macular degeneration, cataracts, and other eyes diseases. Choose fresh strawberries, blueberries, or rasberries for a sweet snack, simple dessert, or salad topper.







Carrots
Probably the best-known food for healthy eyes, carrots top the charts with disease-fighting vitamin A. Vitamin A helps to prevent night blindness and is essential for retinal health. It also reduces the risk of cataracts and macular degeneration. Like carrots, other orange foods such as sweet potatoes, mangos, cantaloupe, and apricots provide healthy doses of vitamin A.

Tuesday, March 8, 2011

Merong Mahawangsa.

Inilah poster filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU dan di bawah arahan Yusry Abdul Halim. citer ni aku tngk trailer nye mmg mantap giler!!! Bangga rasenye bila org melayu mampu buat filem mcm ni...

kulit buku

Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasasKedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.

Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah


Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya.

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.


Slurpppp~ Kacang Soya

Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max.

Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 - 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 - 4 biji, panjangnya 3 - 7 cm. Kacang soya berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm. Akar adventitius tumbuh daripada hipokotil. Nodul akar adalah kecil dan berbentuk sfera.

Kacang soya adalah legume berprotein tinggi (keluarga Fabaceac) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahsa Jepun shoyu (kicap).

Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran, oat {Avena sativa} dan kemungkinannya kuinoa.


KEBAIKAN SOYA:

1. Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daripada daging, susu dan telur.

2. Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.

3. Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.

4. Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.

5. Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

6. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

7. Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

8. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

Selamat Hari Wanita.

Salam 2 all,
Hari ini seluruh dunia menyambut Hari Wanita Sedunia.
Saya tidak menafikan bahawa peranan wanita sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa wanita yang dikenali sebagai ibu, kita tidak akan berada dimuka bumi ini.
Kecekalan dan kegigihan mereka membesarkan kita tidak ada tolok bandingnya. Sebab itu selain mendoakan mereka setiap hari, Rasulullah juga menegaskan bahawa ketaatan kepada ibu itu 3 kali ganda daripada kepada seorang ayah. Malahan syurga kita letaknya dibawah tapak kaki ibu kita.
Ramai tokoh-tokoh wanita muncul dipersada pentas dunia samada sebagai penggerak masyarakat atau pendokong yang kental.
Kita tidak lupa contohnya peranan Khadijah r.a., Aisyah r.a dll yang menjadi tunggak kepada perjuangan Rasulullah.
Kita juga tidak lupa tokoh-tokoh dunia saperti Indira Gandhi, Margaret Thatcher dan lain-lain.

Saya tidak lupa kepada mama saya, Noraini Ibrahim yang telah penat mengandungkan saya selama 9 bulan dan telah membesarkan saya selama ini. Bersabar dengan semua karenah saya.
Selamat hari wanita juga kepada semua blogger wanita. :)
To all the woman, Selamat Menyambut Hari Wanita.. Happy Women's Day..

Wak AG jangan nyanyi!


Koknya anda2 semua udah undi Video Wak AG sama Cikgu Shida?... Wak mahu menang.. undi Wak cepat dgn hanya klik LIKE pada video Wak iya. Klik SINI.

Hati Saya Untuk Dia.

......♥#########♥

.....♥#############♥

...♥###############♥

..♥#################♥..................♥###♥

.....♥##################♥..........♥#########♥

.......♥#################♥......♥#############♥

.......♥################♥..♥###############♥

.........♥################♥################♥

...........♥###############################♥

..............♥############################♥

................♥#########################♥

..................♥######################♥

....................♥###################♥

......................♥#################♥

........................♥##############♥

...........................♥###########♥

.............................♥#########♥

...............................♥#######♥

.................................♥#####♥

...................................♥###♥

.....................................♥#♥

.......................................♥


Haaa. Hari ni aku nak bagi hati ni kat incik boyfie. :) Besar hati ni. Simpan baik-baik ye. hehe. Penat buat ni. Tapi incik boyfie confirm terima dan simpan baik-baik. hehe. Anda semua pun boleh amek hati ni dan bagi kepada orang yang anda sayang.

Monday, March 7, 2011

Jom Masyuk dengan Heartbeat.

Aku baru je join. korang bila?! haha.


Camne nak join?! klik SINI. Cik yuyu zulaikha terang kan.






Terima kasih :)

The FaceBlog

Heyy. Aku baru je join Faceblog ni. haha! So, selamat kepada semua yang da join dan yang belum join jom la.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH



ni faceblog aku! haha. hitam elegan lagi.

♥ Followers ♥