Friday, March 18, 2011

Pesawat angkasa NASA kelilingi Utarid.

WASHINGTON: Untuk pertama kali, Bumi mempunyai "mata di langit" yang mengorbit dan memantau Utarid, planet paling kecil dan luar biasa dalam sistem suria.

Pesawat angkasa NASA yang dikenali sebagai Messenger itu berjaya memasuki orbit khusus selepas perjalanan selama enam setengah tahun dan 4.9 bilion batu dan mengelak tarikan graviti matahari.a adalah planet kelima dalam sistem suria yang diorbit NASA.



Mercury bukan mudah untuk dikunjungi dan ia juga planet paling ekstrem.

Ketika suhu boleh mencapai 425 Celsius di bahagian paling hampir dengan matahari, kawasan bertentangan tersangat gelap dan sejuk dengan suhu sebilangan kawah tidak pernah naik melepasi 184 darjah Celcius di bawah paras beku.

Malah radar menunjukkan kemungkinan terdapat salji di dalam kawah berkenaan, iaitu sesuatu yang akan cuba disahkan Messenger.

Pada 1970-an, NASA menghantar pesawat angkasa Mariner melepasi Utarid tetapi hanya berjaya merakam sebahagian kecil planet kecil itu.

Sumber: Berita harian

0 comments:

♥ Followers ♥