Thursday, March 10, 2011

7 benda ajaib semula jadi.

Gunung Everest

Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di dunia. Gunung ini terletak antara Nepal dan Tibet. Orang pertama yang berjaya menawan puncak gunung ini ialah Edmum Hillary bersama rakannya Tenzing Norgay. Ketinggian gunung ini sentiasa bertambah kerana keadaan ekologikal semasa alam sekarang peningkatan sentimenter setahun.

Grand Canyon

Lembah yang tekenal ini terletak di utara Arizona. Lembah ini begitu berwarna warni dengan juram dan gaung yang curam dan menghasilkan satu pandangan yang indah.

Aurora Borealis ( Cahaya Utara)

Ia merupakan satu fenomena luar biasa. Fenomena ini berlaku biasanya pada malam hari di latitud tinggi di bahagian utara. Fenomena ini berbentuk seperti reben, kitaran yang bersinar atau berbentuk sarang dan satu ketika dahulu pernah menakutkan penduduk setempat.

Air terjun Victoria

Air terjun yang terbesar di dunia dan terletak di antara Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini mempunyai kelebaran 1.6 km dan jatuhan air setinggi 128m (420 kaki). Air terjun ini juga adalah bertingkat dan berbunyi seperti kabus yang dihasilkan ini boleh dilihat 40 km.


The Great Barrier Reef
Merupakan terumbu karang yang terbesar di dunia dan terletak di Laut Mutiara berdekatan dengan Queensland di bahagian utara Australia.

Gunung Berapi Paracutin

Terdapat hanya dua gunung berapi yang baru wujud. Salah satunya ialah Paracutin dan kedua-duanya terbentuk di kawasan yang terkenal dengan gunung berapi. Tiga hari sebelum Paracutin terhasil, 300 gempa bumi telah berlaku.


Pelabuhan Rio De Janerio

Pelabuhan ini dikatakan terletak di kedudukan yang paling cantik sekali. Ia terletak di pelabuhan potongan gunung-gunung kehijauan dan kebiruan Teluk Gaunabara. Pertama kali di temui oleh ahli eksplorasi Portugis!

0 comments:

♥ Followers ♥