Tuesday, February 21, 2012

Teknik Fotografi : Bagaimana Merakam Gambar Bunga.

Assalamualaikum.

Anda ingin tahu bagaiman cara-cara mengambil gambar dengan cantik? Jom..



SIKAP -
Anda mestilah sentiasa bersabar dalam apa jua jenis gambar yang ingin anda tangkap. Kadangkala bila anda bersedia untuk memetik pengatup, bunga pula layu atau tiba angin bertiup.

LENSA -
Lensa mikro 60mm, 105mm atau 200mm daripada Nikon sesuai digunakan. Jika bajet kecil, dapatkan penapis jarak dekat (close up filter) dengan kuasa jarak tertentu mengikut kesesuaian objek yang ingin dirakam.

SUBJEK -
Bergantung kepada kreativiti untuk memanipulasikanya. Mungkin bunga ditepi jalan juga anda boleh jadikan sebagai subject matter.



PENCAHAYAAN -
Sangat penting. Samada anda boleh menggunakan lampu denyar atau cahaya semulajadi.

DEPTH - OF- FIELD (keluasan di antara imej tajam dan kabur) -
Bila shoot close -ups & macro anda mestilah membuat DOF supaya subjek yang ingin lebih menonjol daripada yang lain. Kebiasaanya anda boleh menggunakan Aperture f.8 ke f.11 malah jika lebih ekstrem boleh digunakan hingga f.15 ke f.20

TRIPOD-
Adanya menjadikan sesi fotografi anda tidak goyang.

(Foto) Siti Bazla & Mohd Azrin

Nikah - 27 Januari 2012

Abang tunggu turn bulan 6 nnt.. siap la.. mst gugup depan tok kadi. hee

Outdoor

Groom Side - 5 Febuari 2012

Dina..

Our new brother like bonzer.. hee

Bride Side - 28 Januari 2012



Friday, February 10, 2012

Temuduga dan Penemuduga

Assalamualaikum..


Setiap individu mesti mempunyai pengalaman yang di alami ketika pergi temuduga kerja (interview) begitu juga aku. Hee.. Dan ada macam - macam tips yang di sukai dan tidak di sukai oleh penemuduga.


6 Sebab Kenapa Tidak Disukai Penemuduga.

1. Tidak yakin pada diri sendiri – jawapan yang diberikan kepada penemuduga tiada noktah dan berpusing-pusing.Memberikan jawapan soalan temuduga dengan amat perlahan.Bagaimana hendak memberikan anda kepercayaan dan tugasan sekiranya anda sendiri tidak yakin pada diri anda sendiri?.


2. Kurang bergaul/bersosial – hanya bergaul dikalangan ahli keluarga dan rakan sebaya sahaja. Tidak suka bergaul dengan masyarakat,tolong menolong antara satu dengan yang lain.Tidak tahu adab dan sopan.Tiada mengamalkan nilai nilai murni.Sekiranya anda pandai bergaul kebolehan pergaulan ini amat penting untuk menjaga perhubungan sesama staf serta perhubungan dengan orang atasan.


3. Langsung tiada persediaan awal – tidak mahu sedikitpun berikhtiar untuk mengenali latar belakang syarikat.Tidak bersedia dengan soalan-soalan lazim yang semestinya diajukan mana-mana sesi temuduga.


4. Penampilan yang tidak sesuai –pakaian tidak kena pada tempatnya, Anda juga akan marah sekiranya ada seseorang yang berseluar pendek(tidak menghormati ) masuk ke kawasan masjid.Pakaian hendaklah sesuai mengikut keadaan dan mengikut aturan majlis. Bak kata pepatah "masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek"


5. Gagal berkomunikasi bahasa kedua- selalunya peratusan amat besar bagi calon dari luar bandar.Calon gagal menjawab soalan dengan lancar terutamanya dalam bahasa Inggeris. Betapa pentingnya penguasaan bahasa kedua amatlah dirasai sekiranya anda mahu berjaya di alam pekerjaan.


6. Terlalu memilih kerja - ada di kalangan pencari kerja hanya kerana minat dan tidak langsung mengkaji kelebihan yang bakal diperolehi sekiranya dapat berkerja dengan syarikat yang dipohon.



Pengalaman setiap sesi temuduga merupakan satu pengalaman yang amat bernilai. Jangan marah sekiranya dihina atau diherdik ketika sesi temuduga. Sentiasa cermin- cerminkan diri sendiri dan pastikan sesi temuduga berikutnya. Anda akan lebih bersedia dan berjaya dalam permohonan.

Kenapa Gaya Pemakaian Dititikberatkan.

1. First impression : Biasakah anda dengar mengenai first impression? Ya, apabila anda ditemduga, perkara pertama sekali yang dilihat adalah pemakaian anda. Dan dari segi pemakaian ini mereka akan membina persepsi tentang diri anda serta perwatakan anda sendiri. Jika di sini anda sudah lemah, dikhuatiri anda akan ditindas sebaik saja anda memperkenalkan diri.


2. Profesionalisme : Pemakaian seringkali dikaitkan dengan imej. Dan kebanyakan penemuduga mementingkan imej profesionalisme dalam pemakaian. Jikalau anda pakai pakaian yang tidak melambangkan profesionalisme, maka peluang anda akan terjejas.


3. Markah Bonus : Tidak ramai calon yang tahu, mungkin juga mereka tidak diberitahu, bahawa etika pemakaian adalah salah satu gaya pemarkahan yang diambil kira dalam sesi temuduga. Maka, jika anda inginkan markah bonus free sebelum anda mula bercakap, pakailah dengan elok.


4. Daya usaha : Mungkin anda tidak perasan,bahawa penemuduga sering menafsir yang tersirat dari apa yang tersurat di depan mata. Maksudnya disini, kadangkala mereka boleh melihat kesungguhan anda hanya melalui cara berpakaian. Mahu tidak, anda sanggup beli baju, beli tali leher, gosok baju, mereka tahu anda bersungguh dan sangat mahukan kerja itu.


5. Duta kecil : Pakaian adalah salah satu elemen terpenting dalam sector pekerjaan. Sesebuah kompeni akan dikritik jika pakaian yang dipakai tidak sesuai, malah lebih teruk anda pakai dengan gaya yang amat selekeh, tidak bergosok. Dengan melihat cara anda berpakaian, paling kurang tidak dia akan mepertimbang adakah anda seusai menjadi duta membawa imej syarikat atau agensi itu

Saturday, February 4, 2012

( Video) Bicara Manis Menghiris Kalbu

Assalamualaikum..



Ok. Aku pun tak taw la kenapa aku dengar lagu ni berkali- kali.. Mungkin lirik lagu ni ada makna tersurat da tersirat. hmm.. Mungkin.. Siapa yang rasa lirik lagu ni ada kene mengena dengan cerita hidup anda. Dengarkan lah.. :)

Friday, February 3, 2012

Alangkah Bagusnya Dapat Bilik Macam Ni?

Assalamualaikum.


Dear princess, this is for you.
Siapa yang suka kan bilik tidur ala-ala tuan puteri ni..
Tapi lena ke nak tido dalam tu?

Purplelish! Hey girl. Ini untuk awak!.
Sesiapa yang suka kan warna ungu ini lah pilihannya.
Lena tido!

Wow! Luas bebenor. boleh golek-golek.
Simple tapi cantik.

Haaa.. Ni paling suka. Bangun pagi je terus terjun kat kolam. hehe.

3 Rahsia Membakar Lemak

Ingin membakar lemak berlebihan? Nak kempiskan perut atau kurangkan lemak pada bahagian peha, lengan atau mana2 bahagian yang lain?

1. Kurangkan beban semasa angkat berat.

Anda tidak perlu lagi menahan kesakitan, kepayahan, dan kesukaran dengan mengangkat beban yang paling berat yang ada di gim. Kajian terbaru dari Universiti McMaster mendapati mereka yang mengangkat beban yang ringan (kira-kira 30% daripada usaha maksimum, atau lebih kurang 24 kali sehingga tahap maksimum) adalah sama efektifnya dengan mereka yang mengangkat beban paling berat (kira-kira 90% daripada usaha maksimum atau lebih kurang 5 hingga 10 kali sehingga tahap maksimum) selagi seseorang itu boleh memfokuskan pada otot-otot sehingga latiham pusingan terakhir.

Semakin aktif seseorang itu, semakin tinggi potensi dirinya untuk mendorong diri sendiri semasa bersenam. Para penyelidik dari New Zealand mendapati wanita yang selalu bersenam lebih mudah untuk melakukan kerja pada kadar degupan jantung mereka; dengan kata lain meningkatkan metabolism berbanding wanita yang jarang-jarang bersenam.

2. Latihan anda!

Apabila membincangkan jumlah lemak yang anda akan bakar semasa bersenam, kajian dari Universiti Birmingham mendapati anda akan lebih banyak membakar lemak semasa berlari berbanding semasa anda berbasikal.

Kajian terbaru mendapati wanita yang kehilangan 0.7 kg atau lebih dalam masa seminggu akan berjaya menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang berbanding mereka yang kehilangan 0.2 kg atau kurang dalam masa seminggu. Mereka yang lebih cepat menurunkan berat badan lima kali lebih berpotensi menurunkan 10% berat badan dalam masa 18 bulan berbanding mereka yang dapat menurunkan berat badan secara perlahan-lahan.

3. Pastikan perut yang sihat.

Bersenam merupakan kunci untuk menghilangkan perut buncit. Kajian dari Universiti Alabama di Birmingham mendapati mereka yang kehilangan berat badan secara purata 10kg dan mengamalkan rutin kecergasan samada melakukan latihan kekuatan atau kardio selama 40 minit dua kali seminggu selama setahun tidak akan ada lemak degil, walaupun berat badan mereka meningkat sedikit. Mereka yang berhenti mengamalkan senaman pula tidak akan beruntung kerana mereka termasuk dalam golongan 33% lemak degil yang meningkat.

Thursday, February 2, 2012

Adakah Jus Lemon Terbaik?!

Assalamualaikum.


Masam. Itulah yang keluar dari tutur kata mulut kita, Ya! Lemon memang masam jika di buat jus tapi adakah jus lemon itu bagus utuk badan kita? Mari selongkar.. :)

Sekiranya anda hendak memesan makanan seperti stik, sup daging ataupun burger, jangan lupa pesan minuman berasaskan lemon atau limay seperti jus lemon ataupun limau nipis sebagai pendamping, Ini kerana kandungan flavonoid di dalam minuman tersebut boleh meneutralkan tekanan oksida dan inflamasi yang di hasilkan oleh makan berlemak dan tinggi karbohidrat di samping membantu mencegah kerosakan pembuluh darah.

Radikal bebas diketahui menyebabkan peradangan pada lapisan pembuluh darah dan menyumbang terhadap risiko serangan jantung dan strok. Di dalam kajian terbaru, seorang pakar endokrin mendapati minuman jus lemon dengan makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat dapat mencegah peningkatan oksigen reaktif dan agen inflamasi lain di dalam tubuh.

Masalah peradangan setelah makan adalah penting kerana glukosan dan trigliserida tigni diketahui berkait rapat dengan pengembangan kardiovaskular. Jus ini juga mencegah peningkatan mediator penting dari resistensi insulin yang menyumbang kepada pengembangan diabetes tahap 2.

Sekian, :)


Menyerlah Walaupun Berkaca Mata.


Assalamualaikum.

Dua hari bulan dua tahun dua ribu dua belas. Hee, (^_^)


Ada antara wanita berasa bingung untuk memilih solekan sesuai kerana mereka berkaca mata seperti SAYA!!! . Ada yang beranggapan, memakai kaca mata selepas mengenakan solekan pada mata menyebabkan wajah nampak seolah-olah ' kurang hidup' atau agak aneh. Tetapi, itu bukan bermakna anda tidak boleh tampil cantik. Ada beberapa tips ringkas untuk menampilkan solekan mata yang menarik walaupun anda berkaca mata .

Gunakan Warna Natural
- Mata menjadi fokus utama, apatah lagi mereka yang berkca mata setipa hari. Justeru, pilihan solekan mata dengan warna sederhana adalah di perlukan. Gunakan shading mata dengan warna natural, tetapi untuk kelihatan lebih menarik, boleh di padankan dengan warna gelap pada sekitar bahagian lipatan mata untuk nampak lebih menyerlah.


Eyeliner
-Penggunaan eyeliner atau penggaris mata, membantu untuk mata kelihatan lebih memukau. Bagi yang memilik mata yang kecil, sebaiknya fokus pada e
yeliner untuk menimbulkan kesan besar pada mata.

- Pilihan eyeliner dengan warna ringan dan terang seperti kelabu dan coklat. Selain itu, ketebalan eyeliner juga perlu anda perhatikan. Jika bingkai kaca mata tebal, sebaiknya buat garisan yang tebal pada bahagian atas bulu mata. Begitu ju

ga sebaliknya andai kaca mata berbingkai nipis.

Maskara
-Pastikan anda menggunakan maskara pada mata. Gunakan maskara berwarna hitam, dan sapukan dua hingga tiga namun pastikan ia tidak menggumpal kerana itu akan memburukkan penampilan anda. Maskara dengan warna gelap membuat mata tampak menarik dalam waktu yang lebih lama. Bgi yang bermata kecil, sapukan maskara di b
ahagian atas dan bawah bulu mata, agar mata dilihat lebih besar.

Anne Hathaway
Pembayang Mata
- Pembayang mata atau eye shadow dengan warna gelap seperti coklat, kelabu dan biru sesuai bagi yang berkaca mata. Hindari warna-warna yang terlalu menonjol. Ini bagi memastikan pembayang mata tidak kelihatan pelik. Justeru , pilihan pembayang mata rona natural merupakan pilihan yang selamat.

Tonjolkan Alis
-Bagi yang berkaca mata, selain mata, alis yang tebal juga menjadi perhatian. Bentuk dan warnai alis dengan warna gelap bagi membantu membuatkan wajah tampak berbeza.






Mengubati Penyakit Mulut CELUPAR Daripada Rasulullah SAW

Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap 'lepas'?


Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza'iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam."

Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, "Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati." Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah 'subhanallah wa bihamdihi' dan 'subhanallah hil azim' yang membawa maksud 'Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan, 'Maha suci Allah yang Maha Besar. 'Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 'subhanallah wa bihamdihi' sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus 'rancak' membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, 'Astaghfirullahazim' disertakan 'perasaan menyesal' di dalam hati.Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

♥ Followers ♥