Thursday, February 2, 2012

Adakah Jus Lemon Terbaik?!

Assalamualaikum.


Masam. Itulah yang keluar dari tutur kata mulut kita, Ya! Lemon memang masam jika di buat jus tapi adakah jus lemon itu bagus utuk badan kita? Mari selongkar.. :)

Sekiranya anda hendak memesan makanan seperti stik, sup daging ataupun burger, jangan lupa pesan minuman berasaskan lemon atau limay seperti jus lemon ataupun limau nipis sebagai pendamping, Ini kerana kandungan flavonoid di dalam minuman tersebut boleh meneutralkan tekanan oksida dan inflamasi yang di hasilkan oleh makan berlemak dan tinggi karbohidrat di samping membantu mencegah kerosakan pembuluh darah.

Radikal bebas diketahui menyebabkan peradangan pada lapisan pembuluh darah dan menyumbang terhadap risiko serangan jantung dan strok. Di dalam kajian terbaru, seorang pakar endokrin mendapati minuman jus lemon dengan makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat dapat mencegah peningkatan oksigen reaktif dan agen inflamasi lain di dalam tubuh.

Masalah peradangan setelah makan adalah penting kerana glukosan dan trigliserida tigni diketahui berkait rapat dengan pengembangan kardiovaskular. Jus ini juga mencegah peningkatan mediator penting dari resistensi insulin yang menyumbang kepada pengembangan diabetes tahap 2.

Sekian, :)


0 comments:

♥ Followers ♥