Thursday, February 2, 2012

Menyerlah Walaupun Berkaca Mata.


Assalamualaikum.

Dua hari bulan dua tahun dua ribu dua belas. Hee, (^_^)


Ada antara wanita berasa bingung untuk memilih solekan sesuai kerana mereka berkaca mata seperti SAYA!!! . Ada yang beranggapan, memakai kaca mata selepas mengenakan solekan pada mata menyebabkan wajah nampak seolah-olah ' kurang hidup' atau agak aneh. Tetapi, itu bukan bermakna anda tidak boleh tampil cantik. Ada beberapa tips ringkas untuk menampilkan solekan mata yang menarik walaupun anda berkaca mata .

Gunakan Warna Natural
- Mata menjadi fokus utama, apatah lagi mereka yang berkca mata setipa hari. Justeru, pilihan solekan mata dengan warna sederhana adalah di perlukan. Gunakan shading mata dengan warna natural, tetapi untuk kelihatan lebih menarik, boleh di padankan dengan warna gelap pada sekitar bahagian lipatan mata untuk nampak lebih menyerlah.


Eyeliner
-Penggunaan eyeliner atau penggaris mata, membantu untuk mata kelihatan lebih memukau. Bagi yang memilik mata yang kecil, sebaiknya fokus pada e
yeliner untuk menimbulkan kesan besar pada mata.

- Pilihan eyeliner dengan warna ringan dan terang seperti kelabu dan coklat. Selain itu, ketebalan eyeliner juga perlu anda perhatikan. Jika bingkai kaca mata tebal, sebaiknya buat garisan yang tebal pada bahagian atas bulu mata. Begitu ju

ga sebaliknya andai kaca mata berbingkai nipis.

Maskara
-Pastikan anda menggunakan maskara pada mata. Gunakan maskara berwarna hitam, dan sapukan dua hingga tiga namun pastikan ia tidak menggumpal kerana itu akan memburukkan penampilan anda. Maskara dengan warna gelap membuat mata tampak menarik dalam waktu yang lebih lama. Bgi yang bermata kecil, sapukan maskara di b
ahagian atas dan bawah bulu mata, agar mata dilihat lebih besar.

Anne Hathaway
Pembayang Mata
- Pembayang mata atau eye shadow dengan warna gelap seperti coklat, kelabu dan biru sesuai bagi yang berkaca mata. Hindari warna-warna yang terlalu menonjol. Ini bagi memastikan pembayang mata tidak kelihatan pelik. Justeru , pilihan pembayang mata rona natural merupakan pilihan yang selamat.

Tonjolkan Alis
-Bagi yang berkaca mata, selain mata, alis yang tebal juga menjadi perhatian. Bentuk dan warnai alis dengan warna gelap bagi membantu membuatkan wajah tampak berbeza.






2 comments:

cik najihah said...

salam..sy eksited nk bace,,hihi..tapi klu bole ubahla tulisan sebab kurang nampak bile dibace,,lebih elok huruf kecik kot..
just opinion :)

juanz said...

kalo lelaki camne plak cik lesung pipit? huhuhu....

♥ Followers ♥