Friday, February 10, 2012

Temuduga dan Penemuduga

Assalamualaikum..


Setiap individu mesti mempunyai pengalaman yang di alami ketika pergi temuduga kerja (interview) begitu juga aku. Hee.. Dan ada macam - macam tips yang di sukai dan tidak di sukai oleh penemuduga.


6 Sebab Kenapa Tidak Disukai Penemuduga.

1. Tidak yakin pada diri sendiri – jawapan yang diberikan kepada penemuduga tiada noktah dan berpusing-pusing.Memberikan jawapan soalan temuduga dengan amat perlahan.Bagaimana hendak memberikan anda kepercayaan dan tugasan sekiranya anda sendiri tidak yakin pada diri anda sendiri?.


2. Kurang bergaul/bersosial – hanya bergaul dikalangan ahli keluarga dan rakan sebaya sahaja. Tidak suka bergaul dengan masyarakat,tolong menolong antara satu dengan yang lain.Tidak tahu adab dan sopan.Tiada mengamalkan nilai nilai murni.Sekiranya anda pandai bergaul kebolehan pergaulan ini amat penting untuk menjaga perhubungan sesama staf serta perhubungan dengan orang atasan.


3. Langsung tiada persediaan awal – tidak mahu sedikitpun berikhtiar untuk mengenali latar belakang syarikat.Tidak bersedia dengan soalan-soalan lazim yang semestinya diajukan mana-mana sesi temuduga.


4. Penampilan yang tidak sesuai –pakaian tidak kena pada tempatnya, Anda juga akan marah sekiranya ada seseorang yang berseluar pendek(tidak menghormati ) masuk ke kawasan masjid.Pakaian hendaklah sesuai mengikut keadaan dan mengikut aturan majlis. Bak kata pepatah "masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek"


5. Gagal berkomunikasi bahasa kedua- selalunya peratusan amat besar bagi calon dari luar bandar.Calon gagal menjawab soalan dengan lancar terutamanya dalam bahasa Inggeris. Betapa pentingnya penguasaan bahasa kedua amatlah dirasai sekiranya anda mahu berjaya di alam pekerjaan.


6. Terlalu memilih kerja - ada di kalangan pencari kerja hanya kerana minat dan tidak langsung mengkaji kelebihan yang bakal diperolehi sekiranya dapat berkerja dengan syarikat yang dipohon.



Pengalaman setiap sesi temuduga merupakan satu pengalaman yang amat bernilai. Jangan marah sekiranya dihina atau diherdik ketika sesi temuduga. Sentiasa cermin- cerminkan diri sendiri dan pastikan sesi temuduga berikutnya. Anda akan lebih bersedia dan berjaya dalam permohonan.

Kenapa Gaya Pemakaian Dititikberatkan.

1. First impression : Biasakah anda dengar mengenai first impression? Ya, apabila anda ditemduga, perkara pertama sekali yang dilihat adalah pemakaian anda. Dan dari segi pemakaian ini mereka akan membina persepsi tentang diri anda serta perwatakan anda sendiri. Jika di sini anda sudah lemah, dikhuatiri anda akan ditindas sebaik saja anda memperkenalkan diri.


2. Profesionalisme : Pemakaian seringkali dikaitkan dengan imej. Dan kebanyakan penemuduga mementingkan imej profesionalisme dalam pemakaian. Jikalau anda pakai pakaian yang tidak melambangkan profesionalisme, maka peluang anda akan terjejas.


3. Markah Bonus : Tidak ramai calon yang tahu, mungkin juga mereka tidak diberitahu, bahawa etika pemakaian adalah salah satu gaya pemarkahan yang diambil kira dalam sesi temuduga. Maka, jika anda inginkan markah bonus free sebelum anda mula bercakap, pakailah dengan elok.


4. Daya usaha : Mungkin anda tidak perasan,bahawa penemuduga sering menafsir yang tersirat dari apa yang tersurat di depan mata. Maksudnya disini, kadangkala mereka boleh melihat kesungguhan anda hanya melalui cara berpakaian. Mahu tidak, anda sanggup beli baju, beli tali leher, gosok baju, mereka tahu anda bersungguh dan sangat mahukan kerja itu.


5. Duta kecil : Pakaian adalah salah satu elemen terpenting dalam sector pekerjaan. Sesebuah kompeni akan dikritik jika pakaian yang dipakai tidak sesuai, malah lebih teruk anda pakai dengan gaya yang amat selekeh, tidak bergosok. Dengan melihat cara anda berpakaian, paling kurang tidak dia akan mepertimbang adakah anda seusai menjadi duta membawa imej syarikat atau agensi itu

0 comments:

♥ Followers ♥