Wednesday, June 8, 2011

Gastrik Menjadi Ulser. Apa Perbezaannya?

Sakit perut adalah perkara remeh yang sering diabaikan tanpa kita sedari. Jawapan ringkas pada sakit perut adalah 'salah makan' atau 'lambat makan'. Menjelang bulan puasa saja mungkin kita akan selalu mendengar jawapan 'gastrik'.


Mengenali Gejala Gastrik.

Gastrik adalah yang amat lazim dalam masyarakat kita. Ia bukan penyakit, tetapi lebih kepada gangguan dalam perut atau radang dalam perut (inflammation). Sebelum mengetahui tentang situasi ini dengan lebih lanjut, kita perlu tahu yang sakit akibat gastrik berlaku di dalam perut dan bukannya pada bahagian usus.

Bakteria 'Helicobacter Pylori' atau 'H.pylori' - perut sangat berasid iaitu dengan nilai pH3-4 dan kebiasaanya kuman ayau bakteria tidak mungkin mampu bertahan di dalam perut kecuali bakteria ini. Penemuan bakteria ini telah menbawa revolusi dalam rawatan penyakit ulser. dan tidak diubati,penyakit ini boleh berulang.

Terlalu Banyak Jus Gastrik - Ini berlaku apabila adanya ketumbuhan pada bahagian pankreas atau dikenali sebagai 'Zollinger-Elison Syndrome'. Keadaan ini mengeluarkan sejenis hormon yang akan mengakibatkan jus gastrik meningkat secara mendadak.

Penggunaan Ubat Tahan Sakit- Inilah yang sering kita lakukan bagi mengurangkan kesakitan yang dialami. Bagaimanapun dalam kes gastrik, menelan ubat tahan sakit akan memudaratkan keadaan. Ini kerana dalam perut ada satu lapisan lendir dan ubat tahan sakit akan mengurangkan lapisan lendir tersebut.





2 comments:

Bunga said...

bunga xpernah kena gastrik..hheee

si lesung pipit said...

bunga: da kenapa ni?! jangan berlagak tak penah kene. kang dapat baru taw.. hee

♥ Followers ♥