Tuesday, June 7, 2011

Nora Elena Download~


Wassupp~ Begitu ramai sebenarnya peminat drama NORA ELENA tuu.. Selepas ADAMAYA. Akan memecahkan rekod! Bejuta-juta rakyat akan tengok.. Dah tengok tuu mesti nak downloadkan drama die.. Tapi tak tak kat mana. Klik Zulmovie ATAU Invalidfiles.


Drama Nora Elena ni merupakan adaptasi daripada sebuah novel berjudul "Kasih Yang Suci" karya Meen Zulaikha dan diterbitkan oleh Karangkraf. Drama Nora Elena ini diterajui oleh ramai pelakon hebat, antaranya ialah Siti Saleha, Aaron Aziz, Wan Sharmila, Miera Liyana, Ery Putra, Zul Ariffin, Fateen, Ana Dahlia, dan ramai lagi..

SINOPSIS:
Drama Nora Elena ini mengisahkan tentang Nora Elena (Siti Saleha), seorang wanita yang telah diperkosa ketika berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan peristiwa hitam tersebut, dia kini selesa menjalani kehidupannya yang normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun begitu, keadaan mula berubah setelah Seth Tan (Aaron Aziz) muncul dalam hidupnya.

Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi 'pak sanggup' bagi menggantikan tempat Idham di majlis perkahwinan tersebut kerana masa yang suntuk.

Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth Tan adalah lelaki yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malangnya Nora Elena ketika itu sedang mengandungkan anak Seth Tan. Dapatkah Nora Elena menerima dan memaafkan Seth Tan yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya itu? Apakah motif Seth Tan mengahwini Nora Elena?


1 comments:

Bunga said...

xtengok sangat..aha..

♥ Followers ♥