Wednesday, June 29, 2011

Sweet sangat sangat! Nak kawen jugak!

Morning.. Salam.. Bila tengok video bawah ni. Alahai kata hati cuma kata SWEETNYA! dan bila pulak aku punya turn. hehe. Memang padan sangat Tomok ngn Ayu ni.. Manis je si Ayu ni..


Monday, June 27, 2011

Makin hari makin sibuk.

Hai hai.. Salam semua.. Kesibukan semakin terasa sangat walaupun hanya pada hujung minggu. Bermakna hari-hari biasa tak sibuk la kan? ke buat-buat sibuk? HAHA! Tak la, hari biasa sibuk di rumah laaaa. -_-



Selamat Pengantin Baru Abg Oam + Kak Diyana.

Ok. Awal bulan 6 aritu telah ke kelantan untuk majlis pernikahan pengantin yang kat atas ni.. Jauh sampai kelantan. Kemudian 18 june aritu majlis di sebelah lelaki pula..

Kemudian minggu depannya 25 june pula kenduri doa selamat di shah alam. Minggu depannya pula 3 julai ramai-ramai konvoi ke melaka pula.. Kenduri kawen abang sdare kat sana. Tak ke sibuk sangat tuuu. 9 julai kenduri di kampung pula.. 16 julai pula ke Johor pula dengan meneruskan acara meminang. hehe.. 23 julai pula kenduri di rumah AKU! haha. tapi bukan kenduri kawen yee. Kenduri sambut puasa je.. 30 julai BEBAS! Boleh rehat la kejap. 1 Ogos ke kampung balik untuk majlis berbuka puasa dan minggu seterusnya sampai la raya.

Wednesday, June 22, 2011

Kenyang Perut. Senang Hati. Nanti Pergi Lagi.

Hai Hai Hai. Haha! Lama tak update~ takde ayat lain kan? OK! Sekarang baru nak update. Baru kejap tadi sekarang nak update. Tadi peri makan dekat restoran arab. Wadi Hadramawt! dekat jalan ampang tuuu.. Excited laa! Jakun punn ade aku ni. Macam laa masa dekat liverpool aritu tak makan kan? tapi dekat liverpool tuu makanan iran.



Nampakkan anak panah merah tuuu.. Tu la menu yang family aku amek. Aku amek yang Chicken Mandy tuuu. Sampai waiter tu tanya nak sekali ke asing?! dengan bangganya aku cakap ASING! haha. tamak pun aku licin habiskan. Burrpppp! :)

Tuesday, June 14, 2011

Update daaaaa~

Hai! Sekarang saya di Shah Alam! Yeah! hehe.. Selama seminggu bertapa di sini. Bukan ape? Abang sedara nak kawen laaa. Tolong menolong la kan. hee~ Tadi berjaya selesaikan 1000 bungkus gula-gula untuk budak-budak. Sebenarnya satu hari da boleh siap sebab senang sangat!! Rasa macam ada orang buat tempatan je.. Siap susun dalam kotak dengan rapi lagi. HAHAHA!


Esok da tak tahu nak buat ape da.. Takde keje. Jenjalan je kot? Ronda-ronda shah alam.hehe~ shopping ke? Banyak boleh buat selain on9 ni. Update FB dengan Twitter aku tuuuuu!


p/s- Jom main Cafe World! :)

Saturday, June 11, 2011

Kalau la aku.... Mesti seronok kan?

Selamat Tengahari! hehe~ kalau takupdate rasa macam da setahun tinggal kan dunia belog ni. Haaa. Padahal baru satu hari.. Gedik nak sampai setahun kan. -_-


Okey! Let's thinking... What should i do know? It's been 2 or 3 months at home.. Booooring! Damn bored~ I need job.. huh! Macam nak give up je untuk cari keje nih. NO! NO! NO! Cannot give up! I have a dream and mission to look forward! HAHA~ Terabur english aku daaa.. :))

It's ok laa. Aku punya blog right? suka hati la.. Uish! tak baik camtu laa. Dah! dah! back to topic.. topic apa eh?! Blur kejap... Hmmm.. ANYTHING laaa. I should update kan?

I just need your opinion ok. If your friend cum best friend like u?! suka macam mana? not just suka but more than that. Ape yang korang akan buat? Should accept him/her or just ignore him/her and tell we are best friend and not more than that. i have boyfriend/girlfriend!. Yang mana patut?! Confius aku.. Dalam hidup kita kene ceria kan kan?! baru la sempurna segalanya..

Merapu lagi.. Kalau kerja tu datang kat aku kan best! payah nak car tapi datang camtu je.. Boleh kumpul duit banyak! lepas tu kawen laa. Da gatal nak kawen.. Ramai sangat kawan-kawan da kawin dan ada anak. Nak lalui semua tu.. Baru la matang dalam diri. Betol ke?

Da tunang mesti nak merayap je kan. yelaa.. Nak tempah baju pengantin, pelamin, beli barang-barang hantaran.. Amek photographer, videographer.. tempah untuk doorgift, tetamu semua.. Confirm banyak keje kan dan banyak jugak laaa duit keluar. -_-

Kalau dah kahwin mesti nak ada anak sendiri. Tu wajib kan.. if da mengandung, bermula lah alahan yang bukan-bukan.. ujian masa mengandung camtu laa.. if da besar perut sikit terasa nak shopping barang baby. Tu paling best laaa. Banyak yang cantik dan comel kan?.. Bila da tiba masanya ALAMAK! dup dap dup dap dalam labor room tu.. Tunggu baby kua dan mendengar tangisan die.. Sweet! :)

Sekarang ni boleh mimpikan semua tu jadi kenyataan je! hmm. Usaha lagi untuk cari kerja berkobar kobar! :)



Thursday, June 9, 2011

KISAH PRAMUGARI DAN SEORANG KIYAI

Seorang Kiyai sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk perjalanan Umroh ke Tanah Suci Mekkah Saudi Arabia, ketika tiba waktu sholat, sang Kiyai pun ke tandas untuk berwudlu'. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudlu'.


Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari melihat perbuatan Kiyai tersebut dan menegurnya....

Pramugari : (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki kedalam tangki itu, sebab ia akan mengotorkan tangki...!!!


Kiyai : (dengan suara lembut dan penuh rendah hati) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari...?


Pramugari : (dengan sifat angkuh) Kebiasaan saya sekali atau dua kali dalam sehari, memang apa hubungannya tuan...?


Kiyai : (dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari...!!!


Pramugari : (*))_)(*&^^$#%^$#@_++_)(**^(*&^$#@#!~@@


p/s- paham bukan? hehe.


Wallahua'lam ((^_____^))

Wednesday, June 8, 2011

Manfaat coklat setanding buah-buahan


Selain buah-buahan, antara lain yang boleh dijadikan hidangan sihat adalah coklat. Mungkin ramai kurang gemar makan buah-buahan tertentu atau menjadi bosan dengan hidangan buah-buahan yang sama. Berbanding makanan lain, pilihlah coklat. Ini kerana setelah dikaji secara klinikal, ternyata coklat memiliki manfaat kesihatan yang baik.


Sememangnya diketahui bahawa coklat mengandungi sebatian tanaman yang lebih sihat dalam setiap gramnya berbanding jus buah-buahan. Para pengkaji mendapati bahawa koko mengandungi flavanol yang paling banyak, bahan kimia pabrik yang lebih sihat dan kapasiti antioksidan yang lebih banyak.

Coklat gelap dan koko memiliki antioksidan dan flavanol yang lebih banyak daripada buah. Sementara itu, coklat panas didapati kurang sihat kerana telah melalui proses pengolahan.

Gastrik Menjadi Ulser. Apa Perbezaannya?

Sakit perut adalah perkara remeh yang sering diabaikan tanpa kita sedari. Jawapan ringkas pada sakit perut adalah 'salah makan' atau 'lambat makan'. Menjelang bulan puasa saja mungkin kita akan selalu mendengar jawapan 'gastrik'.


Mengenali Gejala Gastrik.

Gastrik adalah yang amat lazim dalam masyarakat kita. Ia bukan penyakit, tetapi lebih kepada gangguan dalam perut atau radang dalam perut (inflammation). Sebelum mengetahui tentang situasi ini dengan lebih lanjut, kita perlu tahu yang sakit akibat gastrik berlaku di dalam perut dan bukannya pada bahagian usus.

Bakteria 'Helicobacter Pylori' atau 'H.pylori' - perut sangat berasid iaitu dengan nilai pH3-4 dan kebiasaanya kuman ayau bakteria tidak mungkin mampu bertahan di dalam perut kecuali bakteria ini. Penemuan bakteria ini telah menbawa revolusi dalam rawatan penyakit ulser. dan tidak diubati,penyakit ini boleh berulang.

Terlalu Banyak Jus Gastrik - Ini berlaku apabila adanya ketumbuhan pada bahagian pankreas atau dikenali sebagai 'Zollinger-Elison Syndrome'. Keadaan ini mengeluarkan sejenis hormon yang akan mengakibatkan jus gastrik meningkat secara mendadak.

Penggunaan Ubat Tahan Sakit- Inilah yang sering kita lakukan bagi mengurangkan kesakitan yang dialami. Bagaimanapun dalam kes gastrik, menelan ubat tahan sakit akan memudaratkan keadaan. Ini kerana dalam perut ada satu lapisan lendir dan ubat tahan sakit akan mengurangkan lapisan lendir tersebut.





Tuesday, June 7, 2011

Nora Elena Download~


Wassupp~ Begitu ramai sebenarnya peminat drama NORA ELENA tuu.. Selepas ADAMAYA. Akan memecahkan rekod! Bejuta-juta rakyat akan tengok.. Dah tengok tuu mesti nak downloadkan drama die.. Tapi tak tak kat mana. Klik Zulmovie ATAU Invalidfiles.


Drama Nora Elena ni merupakan adaptasi daripada sebuah novel berjudul "Kasih Yang Suci" karya Meen Zulaikha dan diterbitkan oleh Karangkraf. Drama Nora Elena ini diterajui oleh ramai pelakon hebat, antaranya ialah Siti Saleha, Aaron Aziz, Wan Sharmila, Miera Liyana, Ery Putra, Zul Ariffin, Fateen, Ana Dahlia, dan ramai lagi..

SINOPSIS:
Drama Nora Elena ini mengisahkan tentang Nora Elena (Siti Saleha), seorang wanita yang telah diperkosa ketika berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan peristiwa hitam tersebut, dia kini selesa menjalani kehidupannya yang normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun begitu, keadaan mula berubah setelah Seth Tan (Aaron Aziz) muncul dalam hidupnya.

Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi 'pak sanggup' bagi menggantikan tempat Idham di majlis perkahwinan tersebut kerana masa yang suntuk.

Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth Tan adalah lelaki yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malangnya Nora Elena ketika itu sedang mengandungkan anak Seth Tan. Dapatkah Nora Elena menerima dan memaafkan Seth Tan yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya itu? Apakah motif Seth Tan mengahwini Nora Elena?


Thursday, June 2, 2011

Siapa sebernarnya Daten Milano ni?! Blog adinda..?

Wehuuuu~ uhuk..uhuk.. sory tak berapa nak sehat laaa. nak demam je rasanya.. TAK NAK! esok pagi-pagi nak gerak pergi kelantan daa~


Okay.. Kecoh kejap pasal Blog Adinda tuu~ Aku baru taw sebab adik sedara bagitaw.. hee~ Akupun pelik kenapa blog tu popular sangat nih! Kalah Abg Ben taw.. hoho~ Setelah kaji selidik, rupa-rupanya.. Budak ni bari 14 tahun.. Tapi mengaku dah TAKDA DARA!!! WHAT!!! 14 tahunn tuuu..

Ramai yang maki hamun budak ni~ kesian pun ade ni tapi marah pun ade.. Budak ni tahu ke tak dunia yang die duduk sekarang ni?! Nak ngaku bagai kat blog sendiri takde DARA! ade maruah ke tak?! Ada harga diri ke tak?! Dah fikir masak-masak ke nak buat kenyataaan camtu~

Apa akan orang ramai berkata pasal dia?! PMR dengan SPM pun tak lepas lagi~ Family kau tahu ke tak ko buat ke bodoh camtu~ Parents kau tahu ke perangaikau macam ni~ Suke-suke nak caci maki orang...

Ape sebenarnya yang budak ni nak sampai berani ngaku sampai camtu sekali~ Adakah lelaki tu tinggalkan die~ kemudian ramai pulak silih tukar ganti laki.. Adakah die ada masalah keluarga?!

Aku memang kesian dengan budak ni sebab perangai dia macam tu~ Dia kata ada MARUAH DIRI?! die paham ke apa maksud maruah diri tu?! Dah bagitahu yang kau takde dara tu memang hilang maruah diri dengan malu.

Sekian :)

p/s-bukan untuk cari gado tapi sedarlah ye... Tuhan masih beri peluang untuk berubah.. Pintu taubat masih terbuka!


Wednesday, June 1, 2011

Hari Susu Sedunia!




Hoho.. Pertama kali aku dengar ni ke aku je yang baru taw? hee~ Sebelum itu, Sweet Corn menang bagi pilihan raya memilih susu aritu dan artisnya adalah Faizal Tahir. I know sweet corn can win. Because... Faizal Tahir laaa.. Lagipun Memang sedap kan susu jagung. Macam korang minum air jagung tuuu.. Sedapppp kan?!

Susu sangat penting untuk kita. Sebab untuk tulang gigi dan segala-galanya.

Klik 1juta LIKE. Menangi IPAD2 dan RM10 ribu!

Tak percaya! Rugi laaaa. Kena percaya. Sebab itulah yang terjadi sekarang... Hot FM nak bagi IPAD2 tuuuu!!!! Macam mana nak join?! Klik SINI..


Ok. Apa lagi? Cepat laa tukar profil facebook korang dengan gambar atas tuuu.. Jangan lepas kan peluang!.. Tak join memang rugi....

Bila LELAKI betul-betul seius menjalinkan hubungan cinta..

  1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...
  2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  3. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…
  4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
  5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
  6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
  7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
  8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
  9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
  10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
  11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
  12. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...
  13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  18. Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
  19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

    HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

    Delicious.. Sedappp.. Nak lagi!

    Ouh! Hai semua! Hehehe.. rasa arini macam 'in heaven' je.. kenapa?! Sebab apa yang diidamkan telah dapat dan selamat telan punnn.. Ni adalah first post di dalam bulan JUNE!.


    Subway sandwich terriyaki~

    Sejak puasa ganti arituuu, teringin sangat makan. Tapi takda sape pun nak bawak.. sedih..
    tapi arini dapat makan.. Sedappp~

    Tutti frutti- Ni lagi satu. Da lama mengidam makan frozen yoghurt ice cream. Arini baru la dapat makan. Sedappp~

    Sebenarnya banyak lagi yang diidamkan. Tapi tunggu bila nak baru lah bertindakkk~

    ♥ Followers ♥