
GULA- GULA?! konon comel la nama tu. HAHA! malas aku nak komen banyak-banyak. Baca jela cerita seterunya kat SINI.
GULA- GULA?! konon comel la nama tu. HAHA! malas aku nak komen banyak-banyak. Baca jela cerita seterunya kat SINI.
Super junior ni lagi comel dan hensem dari korang la. (bukan sebab aku minat aku cakap eyh)

24:7 adalah satu-satunya kumpulan Kpop dari Malaysia. Adoi~ Diorang ni paham ke tak Kpop tu apa?! Kalau tak paham bukak la kamus hiburan. hehe~ 
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit,baru lepas bergaduh,kecewa tapi tak tahu pada siapa nak diluahkan dan bermacam2 lagi, betul tak? Kita kena cut the connection dari feeling kita dengan emosi-emosi yg mcm tu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua yang pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri. 2. Buang Sikap Risau. Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda untuk mengawal perasaan tersebut. 3. Belajar Rajin Bersyukur. Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari. 4. Belajar Menjadi Pemaaf. Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda. 5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa. Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on… 6. Ubah Fikiran Kita tak boleh mengubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh mengubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction. 7. Hati Mesti ‘Keras’. Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi tertutup. Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh. “Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah. Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?” Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.” Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?” “Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.
04040. Cantik benar nombor ni. Alhamdullilah. Ada gak orang nak baca belog aku yang tak seberapa ni. Walaupun takda cerita yang menarik. Aku bukannya selalu update. Idea tak datang mencurah-curah lagi macam dulu tu. Setiap detik nak update. hee~

Warna kelabu ni ok jugak tapi macam tenggelam sangat. Tak menarik kat hati aku.~
Kuning ni pulak. Mak ai! Terang bebenor. Dari jauh dah nampak aku. HAHA!
Jingga ni pun ok. Tapi tu la. Tak minat.
Biru ni cantik sangat! tapi tak berkenan.
Begitu ganas warna cermin mata hitam ni. HEHE~ bukan apa ni la keluaran terbaru jenama OAKLEY. Dalam banyak cermin mata, tak taw kenapa aku minat yang ni. Cermin mata ni ada 5 warna berbeza tapi aku nak yang pink ni. Sebab takda la terang sangat warna nya. Tapi bukan sebab aku suka PINK!. Aku tak suka PINK! Hahaha~
Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).
Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin dua arah?.Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya dua arah tapi untuk di kawasan tumpuan awam :
LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI".
KAWAN BAIK bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita. kita kawan kan...???
Wah! Sangat panas ni. HAHA! bukan apa. Tak sangka mereka ni bercinta rupanya, Pengakuan yang dibuat oleh Hafiz dan Adira ini telah mencecah 5bulan.
Pagi semua! pejam celik..pejam celik da setahun sebulan. Baru rasa seminggu je. HAHA!. Hubungan yang terjalin mestilah berakhir dengan perkahwinan. Insyallah!. Menunggu masa sesuai. hee~
Wow! Apa ni?! Ini la dia Macaron. Pembuka selera bagi masyarakat Perancis. Walaupun da lama popular tetapi di Malaysia baru je lagi. Camne buat dia?! nanti aku bagi taw. jap..
To make the macaroons: Preheat the oven to 350 degrees. In a medium bowl, whisk together confectioners' sugar and ground almonds. In the bowl of an electric mixer fitted with the whisk attachment, whip egg whites with salt on medium speed until foamy. Increase speed to high and gradually add granulated sugar. Continue to whip until stiff glossy peaks form. With a rubber spatula, gently fold in the confectioners' sugar mixture until completely incorporated.
Line baking sheets with parchment paper; set aside. Fit a pastry bag with a 3/8-inch #4 round tip, and fill with batter. Pipe 1-inch disks onto prepared baking sheets, leaving 2 inches between cookies. The batter will spread a little. Let stand at room temperature until dry, and a soft skin forms on the tops of the macaroons and the shiny surface turns dull, about 15 minutes.
Bake, with the door of the oven slightly ajar, until the surface of the macaroons is completely dry, about 15 minutes. Remove baking sheet to a wire rack and let the macaroons cool completely on the baking sheet. Gently peel off the parchment. Their tops are easily crushed, so take care when removing the macaroons from the parchment. Use immediately or store in an airtight container, refrigerated for up to 2 days or frozen for up to 1 month.
To fill the macaroons: Fill a pastry bag with the filling. Turn macaroons so their flat bottoms face up. On half of them, pipe about 1 teaspoon filling. Sandwich these with the remaining macaroons, flat-side down, pressing slightly to spread the filling to the edges. Refrigerate until firm, about 1 hour.
Genap 2 tahun da. Fuhh!~ Sebanyak 189 post untuk 2 tahun. Pejam celik je. Aku rasa macam baru semalam mula berbelog. HAHA!. Seramai 52 follower yang aku ada. Aku berbelog untuk memuaskan hati aku sendiri. Apa yang terpendam dan apa yang aku rasa. Aku akan terus berbelog, tak kira la selama mana pun. huhu~
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Lebih menggemparkan, Metro Ahad difahamkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri. Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak. Sumber: Metro ahad.
Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu.
Susulan itu, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki salah seorang peserta pertandingan berkenaan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai acara itu.
Lina (bukan nama sebenar) berkata, program yang diadakan pada malam itu bertujuan mengutip derma bagi badan dan pertubuhan kebajikan di sekitar negeri berkenaan.
Katanya, pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur.
Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon.
“Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan.
“Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil ‘enjoy’, buat benda baik,” katanya.
Rakaman video selama 7 minit 10 saat itu dimulakan dengan paparan temubual sebahagian daripada 30 peserta yang mewakili negeri masing-masing.
Menerusi penyertaan pertandingan ratu cantik pondan itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan, selain meraih pelbagai gelaran.
Berdasarkan rakaman video berkenaan, rata-rata peserta pondan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada remaja dan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.
Ketika acara berlangsung, tanpa segan silu peserta menggayakan pelbagai gaun seksi dan baju tradisional negeri masing-masing lengkap dengan pelbagai aksesori sambil berjalan ‘catwalk’ persis model dan cuba mengikuti penampilan artis terkenal tanah air.
Malah, wajah beberapa peserta seakan-akan pelakon wanita popular dan antaranya ‘Rozita Che Wan’ dan ‘Tiz Zakiah’.
Bagi menambah tarikan, pertandingan itu turut menyelitkan acara nyanyian secara ‘miming’ sambil menari mengikut rentak lagu yang disampaikan.
Selepas tamat pertandingan nyanyian, kelibat Noraniza kelihatan menyanyikan lagu untuk menghiburkan pengunjung, selain menjadi juri pertandingan ratu cantik terbabit.
Pada penghujung acara, peserta dibahagikan kepada beberapa kategori dan pemenang gelaran Miss Malaysia 2010 itu diberikan kepada peserta dari sebuah negeri di utara
20 tahun da Harian Metro! Seronok dapat sambut sama-sama. hee~
Sampai je terus la menggedik kat pintu gerbang ni. HAHA! 1..2.. 3.. LOMPAT! :). Kemudian, pusing satu dataran tu, tup tup.. aku jumpa diorang ni semua. Apa la lagi. Jom tengok kat bawah ni..








Aku ingat boleh teruskan perjuangan tapi tidak boleh. Kecundang juga. Aku ingin terus bertahan. Tapi tidak boleh. Apa salah aku?! Hmm.. Banyak masalah telah aku lalui tapi salah sape?! AKU LAH! Kenapa aku perlu jadi begini?! Bila aku perlu berubah?! Haish~