Thursday, July 11, 2013

Penat.. Penat.

Assalamualaikum semua..

Alhamdullilah.. Hari ini sudah 2 hari kita berpuasa dan Insyallah kita boleh penuhkan sampai sebulan. :)

Penat.. penat.. tu je yang boleh ungkapkan. Penat bukan sebab puasa tapi penat sebab kerja tapi itu semua masalah kecil sahaja. hee

Bangun pagi untuk sahur kemudian solat subuh.. Alhamdullilah.
Kemudian siap siap untuk pergi kerja pulak. 6.35 pagi. Rabak mata ni. hehehe..

Walaupun kerja yang perlu berdepan dengan anak-anak kecil dengan macam-macam ragam tapi tidaklah begitu stress daripada mengadap muka boss 24 jam.  hee :)

Balik kerja pula terpaksa mengharungi dengan beribu-ribu manusia yang juga sibuk pulang awal untuk berbuka. Tetapi aku terpaksa jalan kaki entah berapa kilometer untuk sampai ke rumah. 

Dah la.. Bas tu bentikan tepi jalan je kemudian suruh aku jalan kaki. APA?! jalan kaki?.. Aku redha jela.. Teruskan perjalanan untuk sampai ke rumah walaupun jam menunjukkan lagi  1 jam je lagi nak buka. Haish! Dugaan.. 

Sampai rumah terus siap- siapkan diri untuk berbuka..  Kaki pula lenguh dan bengkak akibat jalan tadi. Lepas berbuka terus solat maghrib sampai isyak.

Sekarang flat habis.. Masa untuk tidur. Ulang rutin harian yang sama untuk sebulan ni. :)

Selamat malam. ^___^


1 comments:

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

hehehehe.. bnyakkn bersabar yer... dugaan bulan puasa... :)

♥ Followers ♥