Tuhan,
Kucoretkan tulisan ini untuk mengucapkan
syukur padaMu,
Kerana hari ini Kau telah memberi satu lagi
petunjuk baru dalam hidupku
yang membuatku berfikir panjang
Tuhan,
Kutahu setiap ujianMu,
yang Kau beri padaku,adalah atas kemampuanku
untuk menempuhinya,
kerana setiap ujian dan dugaan itu,
adalah untuk menguatkan aku kerana
Kau menyayangiku...
Tuhan,
Pada tahun yang lalu,
Diriku,emosiku,familiku,orang kesayanganku,rakan2ku,
semuanya bagai tidak mengerti tentangku,
ku akui diriku telah banyak melupakanMu,
ku akui ku jauh dariMu,
tapi Tuhan Kau semakin dekat padaku
Tuhan,
Diriku selalu menginginkan jawapan yang pasti,
dan kau telah memberikannya padaku
dan ku tahu Tuhan,Kau mahukan aku jadi seperti aku yang dulu
menjadi hambaMu senantiasa dekat padaMu
Tuhan,
Kurindui saatku pada malam sunyi,
ku rasa tenang dan sangat dekat padaMu,
Terima Kasih Tuhan kerana telan menyedarkan aku kembali
Aku berjanji akan sentiasa berada denganMu
Agar aku tidak dalam kegelisahan kembali
Tuhan,
Kau mantapkanlah imanku,
Kau kuatkanlah hatiku,
Kau terangilah aku dgn cahayaMu,
Kau jadikanlah aku muslimin yg sejati
Agar aku tidak sesat di dalam dunia ciptaanMu ini
Tuhan,
Ku mohon taubat dariMu,
Dan kuberdoa dan berharap,
Agar Kau memakbulinya
dan menghapuskan dosa2ku yang lalu
Kerana aku terlalu merinduiMu Ya Tuhanku
1 day ago
0 comments:
Post a Comment