Showing posts with label jokes.. Show all posts
Showing posts with label jokes.. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Di Sebuah Pasar Tradisional


Assalamualaikum..

Selamat pagi khamis yang mulia.. :)

Di suatu kisah dimana seorang pembeli dengan penjual.. hehe~

PEMBELI : Dik, telur sekilo berapa?

PENJUAL : Telur ayam atau telut itik?

PEMBELI : Telur ayam.

PENJUAL : Telur ayam biasa ke telut ayam kampung?

PEMBELI : Ayam Biasa.

PENJUAL : Yang tempatan atau yang import?

PEMBELI : Yang tempatan.

PENJUAL : Yang tempatan mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?

PEMBELI : Yang Ipoh lahhh.. (Sambil terlihat kesal )

PENJUAL : Mahu yang Ipoh Pusat Barat, Utara, Selatan?

PEMBELI : Adik ni jual telur atau nak jalan - jalan?

PENJUAL : Maaf kak, saya penjual MEE REBUS kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang..




Wednesday, March 21, 2012

Kisah 4 Pemuda.

Assalamuaikum..

Selamat pagi semua.. Nak cerita kisah 4 pemuda ni pulak.. kih kih...

Empat orang duduk bertentangan di dalam sebuah kereta api. Seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia. Sedang dalam perjalanan, warga Amerika itu mengeluarkan 100US Dolar lalu dibakarnya untuk menghidupkan rokok. Semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanya si Amerika ni berkata "It's ok....too many DOLLARS in America".

Tanpa mengendahkan kata-kata si Amerika itu, si Kongo pula mengeluarkan sekotak cigar yang termahal di dunia. Dibakarnya satu dan lainnya dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanya, "Why?". Si Kongo menjawab, " There is too many cigar in Kongo".

Si Malaysia dan si Bangladesh terpinga-pinga dengan perbuatan mereka tadi,belum sempat si Bangladesh kata apa- apa, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap. Dengan bersahaja lalu berkata " Nevermind... too many Bangla in Malaysia..

Sunday, March 18, 2012

Kisah Si Bedah Berumur 7 Tahun.


Assalamualaikum..

Pada satu hari, Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall. Anak beranak ni baru first tima datang Kuala Lumpur, sebelum ni asyik memerap di kampung. Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapa dia. "Pak, itu benda apa, pak?" Bapa dia jawab, "Entahlah nak. Bapak pun baru nampak benda tuu..."

Tak lama lepas tu, seorang nenek nyonya tua terbongkok-bongkok tergigil- gigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut. Lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup. Tidak lama kemudian, lif terbuka... TINGGGGGG!!! Keluarlah amoi SHANIA TWAIN. Lantas berkatalah bapa si Bedah kepada Bedah. "NAK! KAU PERGI AMBIL MAK KAMU BAWA KE MARI, KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH... CEPAT!!..

♥ Followers ♥