Sunday, May 20, 2012

Pergi Dan Tak Akan Kembali

Assalamualaikum..


Setelah lama menyepi dari dunia blogging, hari ini kembali ke dunia blogging. Bukan sibuk bekerja tetapi tiada masa untuk memberikan cerita cerita yang menarik. Telah banyak peristiwa yang berlaku tetapi terus menyepi.. heee..

18 MEI 2012 adalah tarikh yang menyedihkan bagi aku. Hari terakhir aku menjaganya hingga menghembuskan nafas terakhirnya.. Aku sebak kerana terasa kehilangannya.. Aku datang seperti biasa untuk menjaganya tetiba aku terlihat DIA terbaring di atas katil dalam keadaan tercungap - cungap. Aku sedikit hairan kenapa DIA dalam keadaan sebegitu tanpa sebarang tindak balas.. Aku mula merasa panik.

Aku memanggilnya berulang kali tetapi tetap tanpa tindak balas. Aku mula berfikir mungkin tercungap- cungap sepeti biasa. Aku membiarkan sahaja. Ketika ingin memberi susu melalui tiub, jururawat mula merasakan sesuatu yang mencurigakan. Aku melihat sahaja DIA dirawat oleh jururawat. Apabila sedikit darahnya diambil untuk uji kaji darah, sayu sahaja tetapi DIA tetap sama tanpa tindak balas.

Jururawat meyuruh aku mengajar DIA mengucap. Dalam hati aku berkata ' sudah sampai masa DIA pergi ke ?' Haish, tidak mugkin tetapi aku meredhai jika sudah sampai masanya.. Aku leka seketika tiba - tiba jururawat berkata DIA tengah nazak. Aku mula mengalirkan air mata tanpa henti. Kaki dan tangannya semakin sejuk! Badannya selemah - lemahnya.

Aku membaca YASIN untuknya supaya DIA dalam keadaan tenang sentiasa. Sedara mara semakin ramai menziarahi dan sedekahkan yasin kepada DIA. Aku terfikir seketika ' mungkinkah pagi tadi hingga la tengah malam DIA dalam keadaan nazak? ' hmm.
Aku diam membisu..

Aku pulang ke rumah untuk merehatkan badan dan DIA bersama makciku. Dalam aku dibuai mimpi tiba- tiba handphone ku berbunyi. Aku diberitahu DIA telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 3.10 pagi Jumaat. Aku bergegas ke hospital untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. Air mata ku mengalir bak air sungai deras.. Sampai di sana.. Aku menatap wajahnya dengan kebingungan dan kesedihan. Aku akan tetap bersamanya hingga DIA di kebumikan. Aku memandikanya. Mengosok seluruh badanya.. YA ALLAH! Sayunya hatiku. Hanya kau yang tahu..

Setelah di kafankan, aku tetap di sebelah DIA. Selesai solat jumaat, hati mula rasa sebak kerana DIA akan di sembahyangkan dan di kebumikan.

Semogan arwah di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Al- Fatihah~

3 comments:

aizamia3 said...

Al-Fatihah buat dia.. tapi siapakah dia..

Exquisitely Aleda said...

masya Allah..sedihnya..

Exquisitely Aleda said...

seseorang yg rapat dgn saya pun baru meninggal malam tadi..tapi tak sempat tengok..

http://exquisitely-aleda.blogspot.com/2012/05/for-rare-jewel-that-allah-had-lent-me.html

♥ Followers ♥