Monday, May 28, 2012

Kaedah Simpan Madu Dengan Baik.

Assamualaikum..

Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, kaya dengan khasiat tetapi juga madu boleh digunakan di dalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula. Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan. Meskipun ia dapat disimpan sehingga bertahun lamanya, namun madu juga boleh rosak jika salah menyimpannya.

Berikut ini, di berikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya, ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak kehilangan manfaatnya.

  • Jangan biarkan madu disimpan di tempat terbuka, apatah lagi di udara yang lembap. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya.

  • Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutupnya di tutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika di makan.

  • Hindarkan madu daripada terdedah pancaran matahari. Ini kerana nutrisi dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaatnya.

  • Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau seperti durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya. Ini kerana mudah menyerap semua bau bauan tadi.





0 comments:

♥ Followers ♥