Sunday, March 18, 2012

Kisah Si Bedah Berumur 7 Tahun.


Assalamualaikum..

Pada satu hari, Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall. Anak beranak ni baru first tima datang Kuala Lumpur, sebelum ni asyik memerap di kampung. Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapa dia. "Pak, itu benda apa, pak?" Bapa dia jawab, "Entahlah nak. Bapak pun baru nampak benda tuu..."

Tak lama lepas tu, seorang nenek nyonya tua terbongkok-bongkok tergigil- gigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut. Lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup. Tidak lama kemudian, lif terbuka... TINGGGGGG!!! Keluarlah amoi SHANIA TWAIN. Lantas berkatalah bapa si Bedah kepada Bedah. "NAK! KAU PERGI AMBIL MAK KAMU BAWA KE MARI, KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH... CEPAT!!..

♥ Followers ♥