Friday, August 12, 2011

Lebih Seronok Cuti Ketika Ramadhan.

Kedatangan bulan Ramadhan bukanlah alasan untuk kita bersikap malas tetapi kita boleh bercuti tanpa menjejaskan ibadat puasa. Betul tak? betul tak? hehe


Banyak perkara boleh kita lakukan ketika bercuti di bulan yang penuh keberkatan ini..

PERTAMA : Jika tidak kemana-mana, mungkin kita boleh menghabiskan masa bersama keluarga di rumah saja.

KEDUA: Membeli keperluan berpuasa dan persiapan menyambut Lebaran bersama keluarga juga aktiviti menggembirakan. Berbelanja di pusat beli- belah moden tidak memerlukan anda berpanas. Selain membeli kita juga boleh berbuka di mana-mana restoran berdekatan.

KETIGA: Bersantai di pusat rekreasi saat menunggu waktu berbuka puasa boleh menjadi aktiviti ringan yang menyenangkan di hari cuti.

KEEMPAT: Kedai buku antara yang menjadi pilihan menghabiskan masa cuti di bulan puasa. Kita tidak perlu membeli buku tapi sebaliknya mambaca buku.

KELIMA: Bagi kaum wanita, cuti memberi peluang melakukan hobi yang banyak tertunda kerana kesibukan kerja. Selain itu, boleh membuat kuih raya dan boleh menjadikan salah satu aktiviti ketika cuti di bulan puasa.

KEENAM: Membersihkan rumah menjelang Lebaran. Justeru, manfaatkan masa cuti di bulan Ramadhan ini.


4 comments:

paie said...

best bercuti sewaktu ramadhan :)
tapi terasa lama pula menunggu waktu berbuka

Far8 budak baik said...

betul betul betul
upin ipin..
x dtg pun kat blog ak kn..per ar

Cik Domo said...

best2..suka bercuti di bulan ramadhan...
syookkkk! XD

asyrafNAKjadiLEBIHbaik said...

yup...mmg best...mc my family gi umrah bulan ramadha...tapi i tak dpt ikut sebab kene cari duit(kerja)....LOL

Acapsuur (>,<)

♥ Followers ♥