Monday, August 15, 2011

Gadis.

Aku gadis bermaruah,
Benci kepada zina,
Benci kerana hina,
Jasad menzahirkan kata,
Batin memendamkan rasa.

Aduhai hati,
Bertahanlah engkau,
Aku seksa menanggung pilu,
Melawan nafsu beraja di hati,
Sabarkan jiwa menanggung sepi,
Dambakan kasih dari dirinya.

Aduhai mata,
Pejamkanlah seketika,
Bersihkan dari memandang mereka,
Lihatlah langit itu,
Masih teguh di situ,
Tahulah kamu akan keEsaan-Nya,
Perit azab kelak menantimu,
Tidak tertanggung oleh sang jiwa.

Aduhai tangan,
Diamlah dalam kocekku,
Jangan bermain di merata-rata,
Jauhkan dari mara bahaya,
Bermainlah pada kebaikan,
Menambah pahala,
Menghiasi jiwa yang gersang.

Aduhai kaki,
Hentikan langkahmu sebentar,
Singgah ke masjid menunaikan kewajiban,
Tahankan kaki dari Syaitan,
Menghasut diri ke lembah kehinaan,
Kaki yang sihat jangan disimpan,
Gunakanlah ia untuk kebaikan.

3 comments:

Nelly Ixora said...

nice syg;)

izzatghazali said...

pergh!

reka sndri ke nih?

Far8 budak baik said...

aduhai hidung takde ker..
hahahaaha
tulahh kn kn..
thanks for sharing k
lesung pipit..
terpikat kot aku kat kau..
hahahaha

♥ Followers ♥