Monday, August 1, 2011

Fadilat sahur.

BERSAHUR untuk berpuasa termasuk sunnah Nabi Muhammad saw. Sahur bermaksud makanan atau santapan yang diberkati. Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: “Rasulullah saw bersabda: - Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma."


-Rasulullah menganjurkan supaya makan sahur melalui sabdanya bermaksud: “Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada berkat.”


-Termasuk sunnah Rasulullah ialah mengakhirkan sahur. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda maksudnya: “Makan sahurlah pada akhir malam.”


-Diterangkan pula, Rasulullah biasanya makan sahur kemudian terus keluar untuk bersolat. Hikmah sahur dan fadilat mengakhirkannya disebut oleh Rasulullah antara lainnya:


- Ia mempunyai unsur berkat. Makanan apa pun yang mengandungi berkat akan membantu seseorang dalam mentaati perintah Allah;


-Untuk membezakan antara puasa yang dijalankan dengan puasa ahlil kitab.


-Perkara ini dijelaskan dalam sebuah hadis sahih yang bersumber daripada Amru Ibnu bahawa sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan puasa ahlil kitab ialah pada makan sahurnya."; dan


- Untuk membantu puasa itu sendiri seperti dijelaskan hadis yang bersumber daripada Ibnu Abbas dan diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud: “Mintalah bantuan makan sahur untuk mengatasi puasa pada siang hari. Dan mintalah bantuan istirahat sebentar pada siang hari agar kuat menjalani ibadah pada malam harinya.”


-Dianjurkan bersahur bukan bererti makan sebanyak-banyaknya. Apa yang penting untuk mendapatkan fadilat serta sunnahnya, walaupun dengan makan sedikit.


-Dalam hadis Jabir ditegaskan bahawa Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang akan puasa hendaklah dia makan sahur, sekali pun hanya sedikit.”


-Ulama turut membahaskan bilakah waktu yang paling afdal untuk bersahur.


-Daripada hadis, ulama membuat kesimpulan bahawa adalah lebih afdal melewat-lewatkan sahur hingga betul-betul hampir masuk waktu fajar.


-Imam al-Baihaqi melalui sanad sahih menyebut “adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad itu orang yang menyegerakan berbuka puasa dan melewat-lewatkan sahur.”


-Nabi juga pernah bersabda, maksudnya: “Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambat-lambatkan sahur.”


-Sebenarnya waktu bersahur itu adalah luas bermula dari waktu malam hari hingga masuk waktu fajar dan yang lebih afdal ialah ketika waktu Subuh hampir masuk.


-Satu daripada amalan umat Islam di Malaysia ialah berhenti makan lebih kurang 10 minit sebelum azan Subuh yang disebut sebagai Imsak.


-Kebanyakan daripada kita cukup berhati-hati supaya tidak melewati waktu Imsak untuk memastikan tiada sisa makanan dalam mulut.


-Berkaitan dengan waktu Imsak, sebenarnya ada satu hadis yang menunjukkan adanya amalan itu.


-Anas meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit: “Kami telah bersahur bersama-sama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk mengerjakan solat. Aku (Anas) bertanya, berapa lama tempoh antara azan dengan sahur itu? Zaid menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran.”


-Hadis itu menjelaskan bahawa Nabi Muhammad berhenti makan sahur dalam kadar masa anggaran jika dibaca ayat-ayat al-Quran itu untuk 50 ayat

0 comments:

♥ Followers ♥