SELEPAS mengadakan sesi uji bakat dari Semenanjung hingga ke Sabah, akhirnya pencarian enam protege yang dicari berhasil ditemui. Malah, tirai persaingan Mentor 5 akan dibuka mulai hujung minggu ini dengan konsert sesi pengenalan peserta.
Berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), konsert itu bermula jam 9 malam. Enam mentor terbabit, Datuk Sharifah Aini, Rahim Maarof, Afdlin Shauki, Erra Fazira, Edry Abdul Halim dan Noh Hujan akan bersama protege mereka.
Apapun, melihatkan pada persembahan dilakukan protege berentap untuk musim ini pada majlis sidang media memperkenalkan peserta di One Utama, baru-baru ini, tidak dinafikan Mentor 5 pasti mencetus fenomena baru buat penonton setianya.
Sharifah Aini yang memilih Nurshiha Mohd Zikir (Shiha), 24, berkata beliau mendapati gadis itu mempunyai bakat besar yang harus digilap. Ujarnya, selain boleh menyanyi dengan baik, Shiha juga bijak berkomunikasi dengan penonton dan berkeyakinan.
Sementara itu, Afdlin pula memilih Ratnah Awal atau Ratnah, 26, sebagai protegenya. Sebelum ini, Ratnah pernah ada pengalaman menjayakan teater muzikal seperti Puteri Gunung Ledang dan Cuci. Katanya, dia sangat yakin dengan bakat Ratnah.
Penyanyi rock era 80-an, Rahim Maarof yang membuat uji bakat cukup teliti mencari protege sesuai hingga dua kali uji bakat, akhirnya dipertemukan dengan Aiman Hakin Ridza Abdoh (Aiman), 22. Katanya, dia memilih pemuda dari Shah Alam itu kerana bakat dan pakej diri.
Erra Fazira memilih gadis kelahiran Tawau, Sabah, Salmah A Asis atau Salma, 21. Kata Erra, kekuatan protegenya terletak pada vokal. Malah, ujarnya dia yakin kejayaan Salma bergantung pada usaha dan komitmen ditonjolkan dan bukan undian semata-mata.
Komposer terkenal, Edry Abdul Halim memilih Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor (Iqa), 25, kerana gadis itu menepati kriteria dicarinya. Katanya Iqa juga mempunyai band sendiri dan aktif dalam muzik bebas. Vokalnya juga bagus dan perlu diasah.
“Saya akan membatu Iqa sedaya yang boleh. Malah, saya turut merancang perjalanan karier nyanyiannya dengan selepas ini sama ada dia berjaya atau sebaliknya di Mentor 5. Namun, harapan saya semoga dia berjaya hingga ke peringkat akhir.
Sementara itu, Noh Hujan pula yakin dengan Muhammad Faris Mohamed Razali (Ayaish) 2. Apapun, Noh yang pulang dulu sebaik majlis sidang media selesai memberi ruang kepada protegenya, Ayaish untuk ditemubual. Kata Ayaish, dia akan memberikan persaingan mantap.
Mentor 5 masih dihoskan Ally Iskandar Mohd Mardzi di samping Nas Ahmad sebagai pengacara bersama pada malam konsert setiap minggu. Malah, barisan penasihat Mentor 5 pula dibarisi komposer Ajai sebagai penasihat vokal, Adam (AF2) selaku penasihat persembahan dan Faizal Uzir (pengarah muzik).
Bahkan, buat pertama kalinya juga Mentor 5 turut memperkenalkan seorang juri tetap yang akan menilai persembahan dan memberi komen persembahan peserta setiap minggu iaitu Datuk Ramli MS. Ia adalah kelainan bagi musim ini.
Juara akan membawa pulang hadiah lumayan yang menjadi taruhan iaitu wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze. Manakala, pemenang tempat kedua pula akan menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan vespa LX150 tajaan Naza World.
Aku tak berapa minat pun tapi apa salahnya kita menolongkan?! tetapi kadang- kadang aku tengok juga. :)
0 comments:
Post a Comment