Satu hari dimajlis harijadi, seorang datin tengah bersembang ngan rakan2 datin yang vogue, asyik berbicara, datang anak lelakinya, 'mama2, boboy nak kencing', anaknya berkata dengan suara yang agak kuat, lalu datin itu bangun menarik anaknya ketepi, lalu berkata datin itu kepada anaknya, 'boboy, lain kali kalau nak kencing, boboy cakap nak nyanyi tau, tak laa mama malu depan kawan2 mama yang vogue tu'. mengganguk anak datin tu tanda memahami perasaan mamanya... Sebulan lepas kejadian tersebut, datin itu ingin mengikut suaminya outstation. oleh kerana tugasan suami yang agak sibuk, datin menghantar anaknya boboy kerumah atuk n nenek boboy dikampung. gembira rasa hati nenek n atuk, kerana cucu kesayangan tinggal bersama mereka. pada satu malam, kira2 jam 1 pagi, boboy mengejutkan atuknya, 'atuk2, boboy nak nyanyi'...'isk..dah pagi nie cu, esok2 jer arr nyanyi', kata atuknya. 'ala tuk, boboy nak nyanyi gak, tak tahan nie'. 'ala cu, dah pagi nie, nanti kamu nyanyi, bangun lak nenek kamu tu kang, esok jer la erkk ?? nanti atuk bawak g karaoke kat bandor, siap ada GRO lagi', kata atuknya sambil terbayang esah GRO di pusat karaoke tersebut... Oleh kerana desakan pundi kencing yang memuncak, boboy mula merengek. oleh kerana rasa kasih dan sayang terhadap cucunya, lalu atuk pun berkata, 'mari cu, meh nyanyi pelahan2 kat telinga atuk'........
13 hours ago
2 comments:
wakakaka,,haha..sian atuk menjadi mangsa !
tu la. sian atuk boboi. hehe
Post a Comment