Saturday, February 26, 2011

Sakit Perut Aku~

Bila anda tengok entry ini rasa macam apa ni?! sakit perut pun nak post kat blog. hehe~ tapi anda akan tersenyum dan sakit perut kerana tergelak selepas membacanya. HAHA! tak percaya? tengok la nanti. hee~


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan

kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling

dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius

akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.



2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam

pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang

pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan

semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut

tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong

kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut

dipandu dari arah yang bertentangan



4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan
Italy , jurugambar dikenali

sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo

dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada

tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang

bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.



5. Tahukah Anda bendera negara
Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,

menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada

penggunaan susu cap bendera.



6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi

berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik

butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk

menarik kereta bukanlah magnet.



7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak

menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya

supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah

tentu ia tidak akan diekori lagi.



8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh

telinganya sendiri menggunakan siku.



9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar

kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau

silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung

mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.



10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir

sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,

walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng

apabila dia berasa lapar.



11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan

masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api

elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya

selama tiga bulan.



12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang

ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.



13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam

dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang

berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk

menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh

kawan kita.


haaa.. kan ada yang da tersenyum siupu dan senyum sampai ke telinga dan ada juga kata. Mengong! HAHAHA!

0 comments:

♥ Followers ♥