Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalan bagaimana kita melaksanakan sunnah itu juga perlu diberi perhatian dan penelitian yang mendalam. Topik kali ni rasanya cukup relevan dengan suasana kita sekarang. Suasana musim cuti yang akan datang beberapa hari lagi. Senario “asal cuti sekolah atau cuti umum saja, berderet-deret kad jemputan yang bertempek di meja kita” seakan sudah lali bila tiba musimnya. Tak keterlaluan saya katakan, asal cuti saja, ada majlis kahwin, asal kahwin saja, mesti tengah cuti (dah masa cuti saja yang ada masa, ‘time’ ni la nak kahwin pun kan?). Kahwin muda iaitu berkahwin pada usia yang muda. Berapa lingkungan umur yang kita boleh katakan sebagai muda? Iyalah, takkan 50 tahun pun kita masih katakan muda melainkan berkahwin isteri muda. Itupun isteri dia yang muda, dia tetap jua sudah berumur. Namun, ada yang berkata, “ape ade pada umur?”. Muda itu subjektif. Kalau dah diri rasa muda walaupun kulit dah berkedut sejuta, muda tetap muda sebab ianya lahir dari dalam diri yang sentiasa terasa muda. Betul ke? Apa kebaikan atau keburukan kahwin muda? Apa kebaikannya berkahwin muda? Jadi, saya ada beberapa kebaikan kahwin muda yang saya boleh senaraikan, antaranya ialah: Antara keburukan kahwin muda pula; p/s- cek pun dalam perancangan nak kahwin.hehe
17 hours ago
0 comments:
Post a Comment