Saturday, January 22, 2011

Jangan Ambil Dia- Ya ALLAH.


Bila Tidak Ada Kamu

Bibir ini terasa kelu bila tidak berbicara denganmu
betapa manis kureguk kalimat cinta
yang kausungging di senyummu
yang kauucapkan di bibirmu yang kaukecupkan di bibirku.

Mata ini terasa kering bila tidak memandang kamu
betapa haru kutitikkan airmata ke dalam bahagiamu
lalu kubangun sebuah taman penuh embun
di sudut matamu yang kuntum.

Telinga ini terasa pekak bila tidak mendengar kamu
bisikkanlah sebait rayu agar jarak tak membelenggu
lalu kunikmati bunyi hujan dan degup jantungmu
dan sunyi pun jadi musik rindu.

Kepala ini terasa pecah bila tidak memikirkan kamu
bayanganmu adalah angan paling indah
maka kulihat taman tumbuh di mana-mana
dan bunga-bunga bersolekan ingin mirip kamu.

Tangan ini terasa ngilu bila tidak menggandeng kamu
jemarimu yang lembut erat menggenggam di sisiku
bersamamu perjalanan ini lebih punya makna
kerikil di jalanan menjelma batu-batu mustika.

Dan hati ini hampa bila tidak mencintai kamu
kamu adalah belahan jiwaku
bersamamu segalanya utuh
segalanya menjadi sempurna.


Indah sungguh puisi ini. YA ALLAH. Jangan lah Engkau Ambil Dia. Aku belum puas bersama dia. Dia segala-galanya bagi aku. Sepanjang detik perkenalan aku dengan dia macam suka duka yang kami lalui. Sampai la satu tahap aku aku terkejut apabila dia berkata dia menghidap penyakit yang boleh meragut nyawa dia. TIDAK!!!!!!!! Aku terkejut! degupan jantung aku bahkan berhenti seketika dan memikirkan banyak perkara. Sanggup ke aku hadapi dugaan semua ini? Bolehkah aku memberi dia semangat untuk seperti dulu? Sampai bilakah aku sanggup bertahan dengan semua ini? Hari demi hari., Minggu demi minggu, Setelah hampir setahun dia menghidap penyakit itu dia kembali sihat seperti dulu. Aku menarik nafas lega. Hubungan kami bahagia.

Kini, perkara yang sama aku lalui. Aku menerima pesanan ringkas dari telefon bimbit ku dan beliau menyatakan dadanya sakit seperti dulu. Dua hari tidak lena tidur malam menahan kesakitan di dada. Aku menasihati supaya pergi berjuma doktor kembali. Esok harinya, ketika aku sedang nyenyak tidur tetiba telefon bimbit ku berbunyi berkali-kali, dalam hati berbisik SMS je. Aku tidak hiraukan dan tidur kembali. Kemudian, telefon bimbit ku berbunyi lagi. Dia mengatakan ingin menghantar rombongan merisik. APA? degupan jantung aku laju mengalahkan kereta api. Dalam fikiran aku berbisik lagi ' awal lagi la. da bincang kata tahun depan tapi kenapa terburu-buru?' Aku menanyakan kepada dia ' kenapa nak cepat sangat? kan kata tahun depan?. Dia berkata mak nya mahu sangat datang merisik. Berlaku pertelingkahan kecil di situ. Aku sambung tidur seperti biasa. Kemudian dia menelefon aku dan mengatakan' tadi pitam masa amik gambar'. HAH?! degupan jantung sekali berkencang laju. Aku menanyakan kenapa?! Doktor kata benda tu da merebak besar, tapi doktor pelik nape tak mati-mati lagi?! bangang gak doktor kata camtu. haish~ Dia mula ketakutan dengan kematian. Aku menasihatkan dia pergi berubat sekali lagi. Selawat banyak-bayak. InsyaALLAH.

Dia terus merungut dengan berkata ' b takut.' Aku kata ' selawat banyak-banyak' Dia berkata ' b takut nak mati, tak sempat nak kawin dengan syg' Aku berkata ' jangan cakap camtu'. Dia berkata lagi ' b xde nanti jge diri baik'
Aku kata ' jangan cakap camtu' ( air mata menitis).

Aku memohon jangan ambil dia dari aku tetapi jika sudah masa dia pergi aku redha. :(



0 comments:

♥ Followers ♥