Friday, January 20, 2012

Semua Bloggers Nak Tulis Pasal Ally Iskandar & Farah Lee Dah Nikah .


Assalamualaikum..

Selamat Pagi semua pembaca blog saya ni. Bangun je teros bukak laptop depan mata. Ish! Terok terok. hehe.. Tup tup dengar yang Personaliti Tv3 , Ally Iskandar selamat bergelar suami kepada Norfarahin @ Farah Lee. Alhamdullilah.~



Hanya 2 kali lafaz, personaliti tv3 terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah bergelar suami kepada Nurfarahin Binti Romli, 22 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi.

Ally Iskandar segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Manakala, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Dianggar lebih 100 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir bagi memeriahkan majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin ini.

Wednesday, January 18, 2012

Munasabah Diri Itu Lebih Baik.

Bila tibanya tahun baru, tidak kira tahun baru Islam mahupun tahun baru masihi, masing-masing antara kita sibuk untuk menetapkan azam baru dalam memperbaiki atau mempertingkatan mutu mahupun kualiti dalam kehidupan kita.

Namun kebanyakan kita selalu terlupa untuk muhasabah semula kembali azam-azam itu yang lepas.Diulanginya setiap perkara negatif yang menjauhkan kita dari mencapai azam yang di tetapkan itu.Muhasabah ini hendaklah dilakukan selepas setiap amal yang dilakukan agar hatinya tenteram bahawa dia tidak menyeleweng dari ketetapan Allah dan sentiasa mematuhi arahan dan meninggalkan larangan-Nya.

Kepentingan bermuhasabah

Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.

Contohnya bagi sesebuah pasukan bola sepak, bilamana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama bila mengalami kekalahan), pasti akan di adakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka. Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.

Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.

Sabda Rasulullah saw :

"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"

Kelebihan bermuhasabah

  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
  3. Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
  4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
  5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.

Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.

Maka, di kesempatan ini, penulis menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan seterusnya kepada pembaca-pembaca yang di rahmati Allah sekalian, agar kita sentiasa muhasabah diri kita dari masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini.

Perasaan yang Mengancam

Marah?

Ada apa dengan marah?

Adakah ia merupakan satu perasaan?

Marah adalah perasaan yang paling dibenci oleh Allah swt.Perasaan marah ini juga dibenci oleh semua orang.Jikalau anda seorang yang pemarah, perbanyaklah berzikir mengingati Allah swt.Perbanyakkan muhasabah diri.

Sabda Nabi pada hadis yang lain: "Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam".

Lihat diri sendiri dan bertanya: adakah anda seorang yang sempurna adni tidak melakukan kesilapan dan kesalahan dalam kehidupan seharian?Kita semua adalah manusia yang begitu banyak dosa lagi tidak sempurna.

Oleh itu, Jikalau kita ingin memarahi seseorang, fikir dahulu sebelum melakukannya.Jika kemarahan itu berterusan,elakanlah ia dengan mengambil wuduk,membaca Al-quran, beristighfar, berzikir dan berdoa supaya hati kita sentiasa tenang.

Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: "Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring".

Always remember..

Always be positive thinking and positive atitude insyAllah you will be the greatest of ummah.. InsyAllah :)

Monday, January 16, 2012

Penyakit Pelik Muda- Mudi


Kalau kita keluar bersiar-bersiar di ibu kota , pastinya kita tidak akan terlepas dari melihat ragam anak-anak belasan tahun. Di sini saya senaraikan antara penyakit unik yang berbahaya pada anak-anak remaja sebagai panduan untuk kita semua agar menjauhinya.

1-Penyakit cintan-cintun

memang sudah lumrah, apabila kita meningkat remaja.perasaan cinta itu ada dalam diri . Tapi cinta itu satu perkara suci, cantiknya cinta itu kalau kita pelihara. Ini tidak , kita bercinta dengan pasangan kita macam comfirm je nak kahwin. Lepas itu siap ada anniversary. Kan indah kalau kita simpan semua itu untuk cinta kita yang sebenar. Lagi best,Kalau kita bercinta dengan Allah.

2-Penyakit Attention sicker

Penyakit attention sicker ini penyakit yang parah. Ibu bapa mestilah pantau anak-anak sekiranya mereka ada penyakit ini. Remaja yang mengalami attention sicker ini selalu mahukan perhatian dari orang sekeliling . Ingatlah, Allah itu ada. Allah itu sentiasa sayang kita , sentiasa bagi attention kat kita.
3-Penyakit berlagak seperti ada di Bumi New york

Remaja seperti ini suka bersosial sehingga melampau-lampau batasnya. Auratnya pula MasyaAllah tidak terkata. Kemudian mereka menyambut perayaan seperti orang-orang New York dan mula copy-paste artis-artis Hollywood kegemaran mereka. Ya Allah ,dekat syurga sana lagi super awesome dari New york ke Paris ke Hawaii dan sebagainya. Bidadara bidadari kat syurga tu pun lagi Fantastic dari artis-artis Hollywood.



4-Penyakit gangster

Remaja seperti ini paling senang nak kenal. Suka mencarut , tidak hormat orang, suka bergaduh, suka tunjuk samseng , suka merempit dan sebagainya seperti yang ditunjukkan dalam drama-drama melayu sekarang seperti KL Gangster,Bohsia dan sebagainya. Sebenarnya remaja ini jenis remaja yang berguna sekiranya kita bawa dia ke jalan yang benar. Yela,mereka kan kuat, semangat kental. Mana tau, Kalau ada iman teguh dalam diri dan dicampur pula dengan kekuatan mereka, Bolehlah kot kita hantar mereka ke Palestin ke , atau pun biar mereka berjihad untuk islam sehinggakan tak lama lagi wujud sebuah filem Melayu bertajuk KL MUJAHID.

5-Penyakit nak tunjuk up-to-date dan mahu glamour

Remaja seperti ini kadang-kadang mereka ini tahu tentang agama tapi mereka buat-buat tak tahu atau malas nak ambil tahu. Remaja seperti mereka ini jenis tak suka duduk rumah . Mereka ini akan melebih-lebih dalam join aktiviti-aktiviti yang terbaru seperti tarian dan sebagainya. Mereka ini juga jenis yang suka melepak di pusat membeli-belah seperti Pavilion,Sungei Wang,KLCC dan sebagainya. Kemudian mereka bangga sekiranya orang lain tahu mengenai diri mereka dan aktiviti-aktiviti sosial mereka. Alahai, ingatlah seglamour mana pun orang tu, nanti mati pakai juga kain kapan yang harga dia RM2.50 semeter yang sama. Kita ni sebenarnya sama je, Hamba Allah. Baiklah kita jadi hamba Allah yang up-to-date.Lagi terror!

6-Penyakit terkena kejutan budaya

Remaja seperti ini paling mudah untuk dikenali . Remaja seperti ini sebenarnya adalah seorang yang baik dan sopan kemudian tiba-tiba bertukar menjadi 'nakal' disebabkan faktor keadaan,kawan dan lain-lain.Cuba fikir balik dik,kalaulah setiap minggu kita bertukar dari menjadi muslim kepada menjadi muslim yang baik kemudian muslim yang super baik dan seterusnya.Mesti Allah akan sayang kita sangat-sangat.

7-Penyakit i-forgot-la-pasal-islam.

Remaja seperti ini adalah paling kasihan sekali.Mereka ini suka berparty, bersosial , pergi ke kelab-kelab malam, minum minuman alkohol, bergelumang dengan maksiat, tidak solat, lupa cara mandi wajib, pergaulan sangat bebas dan sebagainya.Ya Allah , cuba bayangkan kalau mak,ayah,atuk,nenek,bakal anak cucu cicit kita tengok kita. Malu tak?? Inikan pula Allah,sudahlah Allah yang cipta kita, beri kita macam-macam , kita pula boleh pula lupa pasal islam dan Allah.


Cukup la ini sahaja senarai penyakit uni anak-anak muda yang dapat saya ceritakan.Seorang ustaz pernah beritahu saya,solat tu adalah benda paling penting dalam hidup kita sebab I untuk isyak, S untuk subuh, L untuk lohor(zohor), A untuk Asar, dan M pula untuk Maghrib dan barulah kita Islam sebenar.

Sunday, January 15, 2012

I'm Sorry!


What have I got to do to make you love me
What have I got to do to make you care
What do I do when lightning strikes me
And I wake to find that you're not there
What do I do to make you want me
What have I got to do to be heard
What do I say when it's all over
And sorry seems to be the hardest word
It's sad, so sad
It's a sad, sad situation
And it's getting more and more absurd
It's sad, so sad
Why can't we talk it over
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word
What do I do to make you love me
What have I got to do to be heard
What do I do when lightning strikes me
What have I got to do
What have I got to do
When sorry seems to be the hardest word

♥ Followers ♥