Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "

Beberapa hari lagi menjelang,tibalah bulan Ramadhan.Adakah bulan ini menjadi simbol keraian atau sekadar adat tahunan?Ini yang perlu kita teliti dan fahami.

Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga.Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar.

Sudah tentu bagi Si Abdi hatinya penuh dengan bebunga keriangan.Manakan tidak, ibadah sehari mampu menyamai ibadah seribu bulan. Seorang pekerja yang bekerja ikhlas kepada tuannya akan menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya.Di kala zaman Rasulullah seorang sahabat bertanya : "Apakah itu malam Qadar wahai Rasulullah?". Baginda menjawab: "Tidak, tidakkah kamu mengetahui bahawa para pekerja, apabila mereka selesai dari pekerjaannya, nescaya akan dibayar upahnya". (Hadis Hasan, Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Syua'b al-Iman: 3450)

Hati ini berdesir seketika, di sebalik singkapan Ramadhan, kebanyakan umat Islam tampaknyasering lalai dan lupa.Mereka merasakan bulan Ramadhan ini hanyalah sekadar berpuasa.Kita dapat melihat sendiri di negara kita ini.Bukan ganjaran pahala diutamakan namun santapan makanan didahulukan.Bukan masjid diimarahkan malangnya pasar ramadhan jadi tumpuan. Bukan Al-quran jadi peneman, namun tidur yang diimpikan. Namun di sini sebenarnya saya ingin katakan bukan semuanya masyarakat Malaysia yang beragama islam begitu namun kebiasaan fenomena atau situasi, inilah yang terjadi.

Jika begitu dimana kemeriahan Ramadhan ?Di mana keindahan nya?Adakah ia terletak pada makanan.Atau ganjaran pahalanya?Ayuh kita fikirkan bersama.

Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun.Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti. Adakah kita hanya ingin menangguk dagu sahaja?Sudah tentu kita akan melakukan sesuatu untuk meraihnya ,bukan?Sebab apa saya katakan begitu kerana bilah-bilah hari kehidupan kita sebenarnya semakin sedikit dari sehari ke sehari, kita tidak tahu detik bila kematian kita. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita. Ayuh jangan lepaskannya!

Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan. Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.

Pertama, awasi dirimu agar sentiasa menjaga perkara wajib dan fardhu.Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman.Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.

Kedua, perbanyakkanlah olehmu amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat.Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan. Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah.Oleh itu, jadikanlah kitabul Quran sebagai peneman, Qiamullai itu sebagai rutin harian, zikir kepada Allah sebagai bualan dan amalkan sedekah yang berterusan.

Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerana ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulutmu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman. Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik. Janganlah kalian berasa hairan kerana ia bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.

Keempat, elakkanlah dirimu daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalnya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti lubang mulut, telinga, hidung dan dubur. Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan.

Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatmu kenapa ramai manusia yang masih buta akal dan mata hatinya. Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala. Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan. Andai kita mengkaji kita akan mengerti, semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai. Mengapa Masih Ada Manusia Yang Mendustakan?

Di bulan yang Barakah ini ayuh kita perbaiki diri kita kearah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelumnya kita seorang yang mudah terbakar namun selepasnya kita menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya kita seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan kita sambut, dan jika sebelumnya kita seorang pembuat maksiat namun selepasnya kita menjadi seorang ahli ibadat. Semoga perkongsian ini mampu menjana usaha kita ke arah memperoleh kemanisan Ramadhan. Alangkah indahnya Ramadhan jika begini.

Mood: Puasa

Selamat hari AHAD blogger sekalian.. DUP DAP DUP DAP.... esok puasa da weyh, wah! seronok nak puasa balik. Rasa macam lama je kan kita tak puasa kan? yela.. setahun sebulan je.. hehe. Tapi aku rasa puasa tahun ni kejap je.. 31 OGOS 2011 kita da raya dan juga sambut merdeka. Camne tu eh? Ada dua sekali perayaan.. Masih ada ke perbarisan hari tu? @ raya cam biasa je..


meja baru tak bape nak baru. hee..

P/s: bermula la mood raya ^^

Saturday, July 30, 2011

Wanita banyak pilihan

Jumlah lelaki lebih ramai

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.

Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010 di sini, semalam.

Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97).

Sumber: berita harian

Friday, July 29, 2011

Astana Jiwa.

Terlena di alut derita
Di mana rindu yang terluka
Tak bisa menerka
Kisah cinta yang ku harap selamanya

Terjaga ku diburu pilu
Dimalu rasa yang keliru
Dengarkan hatiku
Yang mendamba pada cinta yang satu
Teguh di jalanan berliku

Dengarkan lara dalam ku mencari cari makna
Tiada tertahan duka
Tiada upaya ku merana di dalam daku terleka
Hadir kasih mencengkam di jiwa

Terpaku hibaku mencari
Meratapi cinta fantasi
Tak daya sendiri
Tiada lagi
Satu yang ku paduhi
Mengejar cinta yang hakiki

Dengarkan lara dalam ku mencari cari makna
Tiada tertahan duka
Tiada upaya ku merana di dalam daku terleka
Hadir kasih mencengkam di jiwa

Kejutkanlah ku dari lena dan derita
Kau saja bisa melerainya
Dibawa tanpa dikau yang ternyata

Dengarkan lara diri tak bermaya dalam hampa
Rayu cinta selamanya ohhh
Tiada upaya ku merana didalam daku terleka
Hadir kasih mencengkam dijiwa

Astana jiwa hadirkan sinaran bercahaya
Hilangkanlah nestapa oh
Berhati lara hentikan lah derita tiba melanda
Hilang sangsi melebar kerana suria
Pahitnya pasti percaya selamanya

Berdua Bersatu

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu

Extravaganza Ramadhan

Berbicara tentang Ramadhan, kebiasaannya itulah detik-detik terbaik seorang Muslim dalam setahun. Selama hampir 30 hari ia akan habiskan sebahagian masanya untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Rela atau terpaksa.

Musim ia mengingati Tuhannya, Penciptanya, Pemberi Rezeki dan nyawanya. Sedangkan seringkali ia lalai mengingatinya di bulan-bulan yang lain. Hebatnya Ramadhan.

Ramadhan dan puasa memaksa ia melawan nafsu, khususnya nafsu makan. Ajaibnya ia berjaya melakukannya. Dalam keadaan ikhlas atau terpaksa. Perkara yang sama hampir mustahil dilakukan di luar bulan Ramadhan kecuali mereka yang terlantar di ICU atau hilang selera makan. Hebatnya Ramadhan.

Ramadhan dan terawih mengajar ia menggandakan amalan. Bukan berpada dengan yang wajib, bahkan kena juga bagi ruang untuk yang sunat. Amalan ini menjadikan Imannya naik sedarjat dari bulan-bulan biasa. Waktu ini ia tahu jalan ke masjid. Kenal tuan imam. Tahu waktu solat terutamanya Subuh dan Maghrib. Yang mungkin selama hampir setahun ia tak ambil kisah. Bahkan bulan ini ia bergegas mencari jadual solat kerana di dalamnya tercatat waktu berbuka puasa. Adapun di bulan yang lain, jadual solat jarang sekali tergantung di dinding rumahnya. Hebatnya Ramadhan.

Ramadhan dan sungkai (berbuka puasa) mengajar Muslim erti kekeluargaan dan persaudaraan, kecuali yang mengekalkan sifat kedekutnya sanggup berbuka bersendirian. Bulan ini orang cepat balik ke rumah. Berbuka dengan isteri dan anak-anak. Waktu ini ramai ibu bapa yang baru faham gelagat dan sifat anak anak. Sudah agak lama tidak makan bersama. Waktu ini baru sedar akan kewujudan jiran sebelah, maklumlah setiap hari ia menghantar semangkuk juadah berbuka. Malu pula kalau dikembalikan kosong. Dulu, masing-masing sibuk bekerja. Keluar awal pagi dan pulang larut malam. Mencari rezeki. Ramadhan mengubah sekejap rentak hidup mereka. Hebatnya Ramadhan.

Itulah keseronokan bulan Ramadhan menurut pandangan Iman. Selagi masih ada Iman dan takwa (walau kadangkala tertutup oleh hubb al-dunia). Ramadhan pasti mengubahnya. Walau sekejap..

Bagi mereka yang Imannya sudah padam, mereka ini tidak mampu membezakan antara Ramadhan dan bulan biasa. Mereka ini tidak ada yang berubah. Kalau ia sedar pun cuma kerana wujudnya bazar Ramadhan di merata tempat. Menyeronokkannya membeli belah untuk berbuka sebelum tiba masanya. Orang ini sangat malang nasibnya. Sangat kecil akalnya walau memiliki ijazah peringkat tertinggi. Kalau Ramadhan pun tidak mampu mengubahnya, entah di bulan bila lagi ia mampu melakukannya?

Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi seperti yang disebut dalam hadis:

عن جابر بن سمرة أتاني جبريل فقال : يا محمد ! من أدرك أحد والديه فمات فدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين قال : يا محمد من أدرك شهر رمضان فمات فلم يغفر له فأدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين قال : و من ذكرت عنده فلم يصل عليك فمات فدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين
Dari Jabir bin Samurah radhiyallahu'anhu, Rasulullah S.A.W bersabda: "Aku menjumpai Jibril, kemudian dia berkata: "Wahai Muhammad, barangsiapa yang menjumpai salah seorang dari kedua orang tuanya kemudian ia meninggal, kemudian ia dimasukkan ke Neraka, semoga Allah melaknatnya." Rasulullah S.A.W bersabda, "Amin." Jibril berkata, "Wahai Muhammad, barangsiapa yang menjumpai bulan Ramadhan kemudian ia meninggal, dan tidak diampunkan dosanya, maka dimasukkan ia ke Neraka, semoga Allah melaknatnya." Rasulullah S.A.W, "Amin." Jibril berkata, "Wahai Muhammad, barangsiapa yang engkau disebutkan padanya ia tidak berselawat kemudian meninggal dan dimasukkan ke Neraka, semoga Allah melaknatnya." Rasulullah S.A.W, "Amin."
al-Jami'ush Shoghir wa Ziyadatuhu 75 (1/8)
(Hadis riwayat An-Nasaie)

semangat HARIMAU MALAYA!

Sesiapa yang tengok perlawanan semalam mesti rasa kecewa.. Kita kalah dengan singaPURA-PURA tu! tapi takpe itu semua adat permainan kan.. Semalam tengok stadium punya rasa BANGGA. Penuh tuuu, Tak pernah stadium penuh macam tuuu! Itulah dikatakan semangat masyarakat MALAYSIA! sentiasa menyokong skuad kebangsaan kita sendiri.


Harimau Malaya!

Sangat la geram dengan pemain-pemain singaPURA-PURA! pandai berlakon betol.. langgar sikit je jatuh, pastu buat sakit, suruh jalan kua padang tak nak! nak kena angkat jugak, kat lua padang boleh pulak kau bangun kan macam tak sakit langsung! PLASTIK betol!!

Ni lagi satu perkara aku geram, goal keeper singaPURA-PURA buat sakit kepala pastu nak salahkan safee sali.. Sekeh kepala baru taw. Da la kau punya pemain suka lengahkan masa dan kau pun sama. Lepas ni kau ajak la pemain-pemain kau pergi casting filem jelaaa.. Guna pemain import, Tua pun ada. haha!. Kan bagus kalau guna pemain dari negara sendiri daripada amek import ni.. not good..not good.. :)

Thursday, July 28, 2011

Aku Redha.

Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan

Aku redha untukmu yang aku cinta
Demi kebahagiaan kita
Mungkin kan kekhilafanku
Aku redha cinta ini terbiasa
Ujian telah huru-hara
Mencari kelemahanku...

Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan

Aku redha andai kau jauhkan diri
Membawa hati dan mimpi
Membiasa hidup sendiri
Aku redha walaupun dada berburai
Jiwa tak bisa menghurai
Betapa cinta padamu...

Oh...kasih jangan kau persiakan waktu
Maafkan aku tak berjaya
Mencipta bahagia ku janjikan.

Wednesday, July 27, 2011

Indahnya Sabar.

Pada suatu hari, burung-burung berkicauan, ada yang bekerja, ada yang bergembira.. indahnya pemandangan yang dilatari sawah padi yang menghijau saujana mata memandang.

Mendamaikan mata yang melihat dan menyejukkan hati yang menikmatinya. Subhanallah. Meskipun begitu, Usop masih termenung keseorangan di tepi parit ditemani kesedihan dan kekesalan sambil matanya terarah kepada Pak Jabit yang sedang memancing.

"Termenung apa tu Usop?!" Pak Jabit menegurnya.

"Tiada apa-apalah Pak Jabit, sedang melayan hati yang lara je ni.."

"Laaa tengah sedih ke? Kenapa? 'Ce cite ce cite'," soal Pak Jabit sambil tersengih melihat gelagat Usop.

"Panjang 'cite'nya Pak Jabit.. Saya cuba pendekkan ye.. Saya sebenarnya benar-benar terguris dengan sikap Hussien. Hussien telah memburuk-burukkan diri saya kat orang kampung meskipun saya selalu bersangka dan berbuat baik pada dia. Pernah dulu, orang kampung ada yang memburuk-burukkan nama Hussien tetapi saya sebagai seorang kawan menafikan tohmahan-tohmahan itu.. tetapi sekarang.. hm.. 'sabor jelah'," balas Usop menceritakan hal yang membuatkan hatinya kecewa.

Pak Jabit terus mendekati Usop sambil membawa beberapa ikan yang berjaya ditawannya.

"Usop, tersenyumlah! Meskipun dalam senyuman itu mungkin tersimpan kelukaan hati, tersorok kesakitan jiwa. Kesenangan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan kedukacitaan adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Apabila memperolehi sesuatu yang menggembirakan daripada keenakan dunia maka manusia akan berasa senang dan gembira.

Sebaliknya ketika mendapat sesuatu yang tidak diingini maka manusia merasa sedih dan kecewa. Kamu tidak perlu terkejut ketika menghadiahkan sebatang pena kepada seseorang, lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada kamu dan kamu juga tidak perlu terkejut dengan apa yang terjadi ini.

Inilah sikap manusia. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Berharaplah pada redha Allah semata-mata. Nescaya Usop mesti tak kecewa.

Sebab apa? Sebab Allah tidak pernah mensia-siakan segala kebaikan yang kita buat walaupun seberat zarah sepertimana firman-Nya dalam surah az-Zalzalah ayat 7 dan 8;

"Maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya. Malah jika kita ikhlas berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya diganjarkan pahala kepada kita."

Baikkan Allah?"

Usop mengangguk tanda setuju..

"Tidak seperti manusia. Kadang-kadang macam situasi Usop ni. Seolah-olah melepaskan anjing yang tersepit, tetapi apapun Usop, tidak perlulah bersedih mengenangkan peristiwa yang sudah lalu kerana angin pun akan terus berhembus ke depan dan air pun terus mengalir ke depan..

Jadi lagi baik Usop sabar dan terus tabah. Pandanglah ke hadapan, usirkanlah kesedihan. Allah Yang Menciptakan segala-galanya pun ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan oleh manusia tidak berakal yang ingkar kepada-Nya. Nabi Muhammad S.A.W yang mulia itupun ada yang membenci serta mengejinya.

Inikan pula kita yang hanyalah seorang hamba-Nya yang biasa, yang pasti penuh kekhilafan. Anggap sajalah segala apa yang dikatakan Hussien itu satu kritikan yang membina. Anggap saja ini teguran dari Allah.

Jangan bersedih, kerana kesedihan kamu terhadap musibah ini akan melahirkan pelbagai musibah lainnya. Ketika kamu sedih dengan perkara ini, bukankah kesedihan itu hanya akan menambah kedukaan kamu itu?

Bersabarlah walaupun hatimu disakiti. Maafkan sahajalah si Hussien tu. Janganlah biarkan kegundahan yang disebabkan pandangan manusia kepada kita terus menyedihkan kita tetapi hakikat yang patut kita sedar pandangan Allah kepada kitalah yang perlu dan sangat kita gundahkan.

Insya-Allah apabila Allah redha pada kita, hati pasti lebih bahagia?" Sambung Pak Jabit untuk menenangkan hati Usop.

"Terima kasih Pak Jabit! Alhamdulillah tenang hati saya mendengar nasihat Pak Jabit ni. Tidak macam doktor pencen, macam ustaz Pak Jabit ni." Ujar Usop sambil tersenyum memandang Pak Jabit.

"Sama-sama.. bukan ustaz.. Alhamdulillah apa yang Pak Jabit belajar dari ustaz-ustaz, Pak Jabit kongsikanlah pada kamu. Ini pun Pak Jabit masih seorang doktor lagi lah ni. 'Doktor hati' yang sedang merawat kamu. Merawat hati yang kecewa dek tingkah laku manusia hingga lupa ganjaran yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan membahagiakan.. Kamu pun, cubalah rajin-rajinkan sikit belajar agama. Ini tak... Asyik-asyik 'english education je'... ok?"

"Baiklah Pak Jabit, insya-Allah akan saya usahakan."

"Hmm.... tapi kan usop..," Pak Jabit melontarkan satu persoalan.

"Tapi apa? 'Ce cite ce cite'..,"soal Usop penuh penasaran

"Hmm. Pak jabit terfikir. Yelah. Terkadang rasanya sikap Hussien itu ada juga dalam diri ini. Usop hamba Allah, Pak Jabit juga hamba Allah dan semua insan tidak kira siapapun, sehebat mana pun dia, setinggi mana dia, tetap hamba Allah.

Kita diberi pelbagai kenikmatan, diberi oksigen untuk bernafas, diberi tubuh badan yang sihat, dianugerahi akal, senang cerita semua nikmat Allah bagi pada kita.

Tetapi kebanyakannya dosa, keingkaran dan kelalaian kepada dunia pula yang banyak kita balas kepada Allah. Selepas tu, kita kata pula kita hendak dan sangat menginginkan syurga-Nya.. Ya Allah, bila renung balik... Pak Jabit malulah pada Allah.. Malu semalu-malunya.."

"Hmm betul tu Pak Jabit. Insaf pula rasanya... Ya Allah berapa banyaklah amalan kebaikan yang telah saya lakukan ini diredhai Allah.." Sambut Usop mengiakan celoteh Pak Jabit.

"Sama-samalah kita muhasabah diri kita, yang baik kita tambah, yang tidak baik kita tolak. Sambil Pak Jabit menasihat kamu ni, Pak Jabit pun mengingatkan diri Pak Jabit sendiri yang penuh dengan kekhilafan. Moga Allah redha... dah jom balik, dah nak maghrib ni. Lepas ni jom siap-siap pergi berjemaah magrib di masjid.." ajak Pak Jabit.

"Insya-Allah. Baiklah Pak Jabit.. 'thanks' bebenor lah ye," sambut Usop sambil tersenyum simpul.

Secebis Ingatan Buat Adam

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.

Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.

Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.

Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.

Kau diberi amanah untuk mendidik aku.

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.

Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.

Dimana perginya keadilanmu?

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?

Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.

Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.

Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.

Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam...

Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.

Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...

Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Ikhlas dari Hawa abad ini...

Sumber: iluvislam.com

♥ Followers ♥